Lamanfo.com

Laman Informasi

PERKOMPUTERAN KUANTUM TELAH TIBA, TETAPI KITA MASIH TAK PASTI PENGGUNAANYA.

Sumber: IBM
Setakat 2019, United Kingdom sudah sampai di pertengahan program 10 tahun mereka untuk mengalakkan teknologi kuantum yang setakat ini telah mendapat dana pelaburan £1 bilion daripada kerajaan dan pemain industri. Hasilnya mendapati kuantum mempunyai banyak potensi tetapi belum dapat dipastikan kegunaannya. 

Berucap semasa konferens yang diadakan di London, Claire Cramer darioada Jabatan Tenaga AS berkata: "Terdapat banyak potensi dalam kuantum tetapi kita masih belum menjumpai penyelesaian yang trasnformatif buat masa ini. Realitinya, kita masih belum mengetahui impak yang ada kepada teknologi tersebut." 

Tidak dapat dikatakan sejak lima tahun ke belakang sebagai satu kegagalan. Sebaliknya, para pengkaji seluruh dunia dapat secara efektif menguji teknologi kuantum dengan wujudnya komputer kuantum yang dikira sebagai satu penemuan penting. 

Awal bulan Januari 2020 semasa Pertunjukkan Elektronik Pengguma, IBM telah melangkah jauh dengan mengingatkan orang awam bahawa IBM Q System One iaitu komputer kuantum 20qubit yang mampu membuat komputasi kuantum yang berdayaharap telah mencapai peningkatan momentum di kalangan para pengkaji. 

Komputer Q System One yang telah dihantar kepada 15 syarikat dan makmal setakat ini, merupakan satu prototaip yang mana para pengkaji dapat gunakan bagi mengetahui bagaimana komputer kuantum menyelesaikan masalah-masalah pada masa akan datang. 

Mengenalpasti masalah-masalah tersebut merupakan cabaran seterusnya. Liam Blackwell, Timbalan Pengarah di majlis kejuruteraan dan kajian sains fizikal berkata, "Wang telah banyak dibelanjakan dan kita seharusnya sudah mula melihat hasilnya yang dapat memberi manfaat kepada UK. Cabaran sekarang sebenarnya ialah kita mesti menghasilkan sesuatu." 

Kumpulan pengkaji tidak lagi sedang meneroka sesuatu yang tidak diketahui kerana sudah ada beberapa potensi aplikasi untuk teknologi kuantum yang telah diketengahkan bermula dari meningkatkan tahap keselamatan dengan kriptografi kuantum kepada memperbaiki ketepatan GPS. 

Bidang farmasi dan penemuan dadah telah dikenalpasti sebagai bidang yang dapat manfaat dari teknologi baru ini. Tahun lalu, sebagai contoh, firma neurosains Biogen telah bekerjasama dengan firma pengkaji komputer kuantum iaitu 1QBit dalam mengkaji penyakit Alzheimer dan sclerosis. 

Walau bagaimanapun, menurut Cramer bahawa ini hanyalah sebagai permulaan sahaja. "Lihat kepada teknologi laser sebagai contoh," katanya. "Tujuh puluh tahun dahulu, orang tidak menyangka laser boleh wujud dan kini anda tidak akan berfikir dua kali untuk memegang laser pointer di tangan anda." 

"Begitu juga dengan kuantum. Kita tidak dapat membayangkan apa aplikasi transformatif yang akan ada nanti tetapi kita perlu mengekalkan budaya pencarian sesuatu yang baru." 

Hanya terdapat satu sahaja rahsia untuk menjayakan "budaya penemuan baru", beliau menyambung: kajian, kajian dan lebih kajian. Di AS, sebagai contoh, Jabatan Dagangan baru-baru ini telah mewujudkan Konsortium Pembangunan Ekonomi Kuantum (QEDC). Objektifnya? Untuk "mengenalpasti penyelesaian teknologi" dan "mengetengahkan kes penggunaan dan cabaran besar dalam mempercepatkan usaha pembangunan". 

Ianya tidak mencukupi sebenarnya untuk memberi dana kepada makmal-makmal kajian. Pengkaji pernah sekali menjumpai aplikasi kuantum yang belum pernah diketahui dan setakat ini mereka perlu untuk mengkomersilkan idea mereka - jurang dari segi peranan di antara makmal dan industri tidaklah semudah seperti yang dikatakan. 

Di UK, masalah ini tidak hanya melibatkan teknologi kuantum sahaja. Laporan yang diterima  dari Octopus Ventures sebuah syarikat kepunyaan VC menunjukkan kehilangan trillion pound dana setiap tahun kerana kesulitan dalam menghasilkan idea baru dari makmal universiti ke dalam bursa saham. 

Secara kontrasnya, di AS, lebih 26,000 syarikat mewujudkan kumpulan pengkaji dari Institut Teknologi Massachusets (MIT). Jika digabungkan, perniagaan ini mempunyai perbelanjaan tahunan lebih $2 trillion dolar (£1.5 trillion). 

"UK mempunyai para pengkajinya sendiri dalam kuantum tetapi kami banyak mempelajari dari AS," kata Elham Kashefi, professor sains komputer di Universiti Edinburgh. "Kami perlu membuat kajian ke tahap yang lebih tinggi dan menghubungkannya dengan industri." 

UKRI, sebuah organisasi yang menjurus kepada inovasi melalui dana daripada jabatan perniagaan tenaga dan strategi industri, baru-baru ini menekankan untuk mengkomersilkan teknologi kuantum sebagai  keutamaan. 

Organisasi di UK melabur £20 juta dalam "pembiayaan perintis" buat pemula dalam teknologi kuantum untuk menghasilkan "produk masa depan." Empat projek telah memanfaatkan anugerah tersebut dalam menghasilkan prototaip dari sensor kuantum yang boleh mengesan objek bawah tanah kepada alat penyulitan data bagi memastikan maklumat yang selamat. 

UKRI kini telah melabur tambahan £153 juta dalam projek baru, seiring dengan £205 juta daripada industri. Dalam pembentangan perancangan organisasi tersebut untuk masa depan, Pengarah UKRI untuk teknologi kuantum, Roger McKinlay berkata: "Saya tidak mengetahui apa yang akan datang selepas ini, tetapi saya berharap kita boleh meneruskan sokongan yang saya percaya setakat ini paling menarik ialah teknologi yang kian berkembang." 

Maaih belum kelihatan dengan jelas ketidaktentuan kuantum ini akan selesai dalam masa terdekat ini tetapi tidak rugi untuk mengikuti perkembangnnya. 

Sumber: ZDNet

  




Catat Ulasan

0 Ulasan