Lamanfo.com

Laman Informasi

WABAK VIRUS CORONA SUDAH DIRAMALKAN BERPULUH TAHUN DAHULU?

Telah viral satu video ceramah agama yang mengatakan bahawa virus corona yang sedang menular sekarang di seluruh dunia telah awal diramalkan oleh seorang ulamak yang masih hidup di Yemen. 


Ulamak yang dimaksudkan ialah Sayyidil Habib Abu Bakar Al Adni Bin Ali Al Masyhur yang menulis dalam kitab beliau mengenai tanda-tanda kecil kiamat. 

Sila lihat video berikut:


Turut viral mengenai hadis yang dikatakan berkaitan dengan punca virus tersebut merebak yang menurut laporan awal berpunca daripada binatang kelawar dan katak yang menjadi makanan eksotik di daerah Wuhan, China. 

Pasar haiwan eksotik Wuhan, China (Sumber: Permanacuy) 

Maksud hadis tersebut adalah seperti berikut:

Dari 'Abdullah Bin 'Amru, ia berkata, "Janganlah kalian membunuh katak, kerana suaranya adalah tasbih. Jangan kalian pula membunuh kelawar, kerana ketika Baitul-Maqdis roboh ia berkata:
"Wahai Rabb, berikanlah kekuasaan padaku atas lautan hingga aku dapat menenggelamkan mereka"

(HR. Al Baihaqi dalam Al-Kubra 9:318 dan Ash-Shughraa 8:293 no. 3907, dan Al-Ma'rifah hal. 456, Al Baihaqi berkata bahawa sanad hadis ini shahih.)

Semoga kejadian ini menjadi ikhtibar buat kita semua agar mengikut ajaran agama Islam yang sebenarnya.


Sumber: Youtube

Catat Ulasan

0 Ulasan