Lamanfo.com

Laman Informasi

APLIKASI MICROSOFT MEMBOLEHKAN PAIRING TELEFON ANDROID DENGAN WINDOWS.

(Sumber: Pixabay) 

Apabila anda ingin memindahkan fail di antara dua peranti, terdapat banyak kaedah anda boleh buat untuk kongsikan apa yang ada dalam telefon pintar anda. Walau bagaimanapun, agak rumit sedikit sekiranya anda ingin mengakses telefon anda dari Windows. 

Untuk mengatasi masalah tersebut, Windows kini mempunyai aplikasi dipanggil Your Phone yang bertujuan untuk membolehkan telefon atau tablet Android berpairing dengan komputer Windows 10.

(Sumber: The Verge) 

Ianya membolehkan anda untuk memindahkan gambar dan video di antara peranti atau menaip pesanan teks di komputer anda. 

Sehubungan dengan itu, anda perlu memuat turun aplikasi yang bersesuaian dalam telefon pintar anda dinamakan "Your Phone Companion - Link to Windows."

www.lamanfo.com


Bergantung kepada model telefon pintar anda, terdapat ciri-ciri lain seperti kebolehan mirror aplikasi telefon pintar anda ke skrin komputer dan menggunakannya sebagai papan kekunci, mouse atau skrin sentuh pada komputer anda. Anda juga boleh membuat atau menerima panggilan melalui PC anda. 

Salah satu syaratnya ialah Windows 10 anda sudah dikemaskini setakat Mei 2019.

Sementara penyambungan telefon pintar ke PC dengan menggunakan kabel agak kurang diminati dan agak rumit, ianya masih boleh dilakukan sebagai alternatif dalam banyak kes dan selalunya lebih pantas dalam pemindahan fail khususnya saiz fail yang besar.


Catat Ulasan

0 Ulasan