Lamanfo.com

Laman Informasi

GAMBAR TERBARU NASA MENUNJUKKAN PENCAIRAN AIS PADA TAHAP YANG MENGEJUTKAN DI ANTARTIKA.

Imej pulau Eagle pada 4 Feb (kiri) vs 13 Feb (kanan). (Sumber: Joshua Stevens/Landsat/USGS) 

Antartika sepatutnya ialah tempat yang paling sejuk di dunia. Purata suhu tahunan bagi kawasan tengah benua tersebut yang diliputi salji ialah - 57 darjah Celcius (70.6°F); dan kawasan pantainya pun pada purata suhu - 10°C (14°F).

Tetapi pada 6 Februari, stesen cuaca di pengkalan Esperanza di Semenanjubg Antartika - kawasan paling utara - mencatatkan suhu terpanas pernah direkodkan di tanah besar pada suhu 18.3°C (64.9°F).

Ia mengalahkan rekod lama pada suhu 17.5°C, bacaan dari 24 Mac 2015.

Gelombang panas yang terbaru ini berlaku selama seminggu dan imej gambar pulau Eagle diambil oleh Operational Land Imager dari Landsat 8, sekarang telah menunjukkan gambar yang mendukacitakan hasil daripada impak gelombang tersebut. 

Pulau Eagle yang saiznya agak kecil tersebut terletak di luar pantai Graham Land di semenanjung Antartika. Suhu rekod yang tinggi tersebut telah menyebabkan sejumlah besar ais di pulau Eagle memcair ke laut manakala kawasan menuju ke tengah pulau dapat dilihat kolam cairan membentuk dengan cepat. 

"Saya tidak pernah nampak kolam cairan terbentuk begini cepat di Antartika," kata Mauri Pelto, seorang glaciologist di Kolej Nichols. 

"Anda boleh nampak pencairan sebegini berlaku di Alaska dan Greenland, tetapi tidak selalu di Antartika." Pelto juga memberitahu bahawa punca kejadian pencairan ini disebabkan suhu tinggi yang berterusan yang melebihi suhu beku tidaklah sesuatu yang biasa berlaku di Antartika. Walau bagaimanapun, kini ianya semakin menjadi kebiasaan sejak kebelakangan ini. 

Secara keseluruhannya, salji di pulau Eagle mencair sebanyak 10 sentimeter (4 inci) dalam selang beberapa hari di antara 6 Februari hingga 11 Februari.

Suhu udara pada 9 Feb. (Sumber: GEOS-5/NASA)

Ini bukanlah gelombang panas yang pertama berlaku pada musim ini tetapi mewakili kejadian pencairan yang ketiga terbesar pada musim panas Hemisfera Selatan pada 2019-2020 dengan bulan November dan Januari juga menghadapi cuaca panas. 

"Sekiranya anda memikirkan tentang kejadian pada bulan Februari ini, ianya tidaklah penting sangat," kata Pelto.

"Yang lebih penting ialah kejadian ini berlaku semakin kerap."


Sumber: Sciencealert.com


Sila lihat: BANDAR UTAMA DI MALAYSIA AKAN TENGGELAM PADA TAHUN 2050

Catat Ulasan

0 Ulasan