GEELY MENGHASILKAN SATELIT ORBIT RENDAH UNTUK MENAMBAHBAIK PEMANDUAN KENDERAAN PANDU SENDIRI.

Lamanfo.com

Laman Informasi

GEELY MENGHASILKAN SATELIT ORBIT RENDAH UNTUK MENAMBAHBAIK PEMANDUAN KENDERAAN PANDU SENDIRI.

(Sumber: readwrite.com)

Geely yang memiliki 49.9% syarikat Proton telah mengisytiharkan pembinaan fasiliti pembuatan satelit pintar dan pusat pengujian di Taizhou, China. Dilaporkan bahawa Zhejiang Geely Holding Group telah melabur CNY 2.27 billion (kira-kira RM1.36 billion) dalam fasiliti tersebut yang akan digunakan untuk merekabentuk dan membina satelit orbit rendah yang dapat memberikan maklumat lebih tepat untuk kenderaan pandu sendiri. 

Menurut Geely, penglibatan mereka dalam bidang satelit ialah salah satu usaha transformasi syarikat untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan teknologi mobiliti dunia. Urusniaga satelit berkenaan akan dilaksanakan oleh Geespace, sebuah syarikat Geely yang ditubuhkan pada 2018 untuk pembangunan, perlancaran dan operasi satelit orbit rendah mereka. Perlancaran rangkaian satelit komersil orbit rendah mereka dijangkakan pada hujung tahun ini. Menurut Reuters, Geely menyasarkan untuk menghasilkan 500 satelit setahun menjelang 2025.

Oleh kerana kenderaan semakin terhubung dan berintegrasi ke dalam ekosistem IoT, satelit orbit rendah Geespace disasarkan untuk memenuhi permintaan rangkaian maklumat berkelajuan tinggi. Ini akan membolehkan kemaskini OTA yang lancar, kebolehan perkomputeran cloud dan penghantaran kandungan maklumat kepada pengguna. 

(Sumber: cntechpost.com)

Memandangkan sistem kenderaan pandu sendiri L4 (Automasi Tinggi) dan L5 (Automasi Penuh) memerlukan ekosistem navigasi yang canggih bagi memastikan operasi yang selamat, sebuah satelit orbit rendah dapat menyediakan penelitian lokasi yang lebih tepat dalam ukuran sentimeter, menjadikannya berkebolehan dengan lebih tepat dalam mengubah haluan dan sistem mengelak kemalangan yang lebih efisien. Sebagai perbandingan, satelit orbit tinggi yang sedia ada hanya dapat menyediakan ketepatan dalam selang beberapa meter. 

Satelit orbit rendah ini mempunyai jangkahayat di antara satu hingga sepuluh tahun dan Geespace akan memastikan satelit mereka akan secara semulajadi hancur keseluruhannya apabila mencapai umur jangkahayatnya apabila terbakar semasa menjunam ke bumi. Geely ingin mencegah terkumpulnya sampah di angkasaraya bumi dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keberadaan satelit-satelit tersebut. 


Sumber: Soyacincau.com

Catat Komen

0 Ulasan