Lamanfo.com

Laman Informasi

GOOGLE MOHON LESEN UNTUK KEMBALIKAN GMS KE TELEFON HUAWEI.

(Sumber: Pixabay) 

Menurut satu laporan, Google telah membuat permohonan pengecualian daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS). Permohonan tersebut akan membolehkan syarikat pencarian terbesar tersebut untuk memberikan semula lesen kepada Huawei untuk menggunakan perkhidmatan mobil mereka. Sejak pengharaman yang dikenakan oleh AS yang berlarutan pada Mei 2019, Huawei turut tersenarai dalam pengharaman tersebut. Oleh sebab itu, syarikat berkenaan kurang mendapat akses kepada teknologi yang berkaitan dengan AS. 
‌‌‌‌‌‌
Ia termasuk juga Google Mobile Services (GMS). Sebab utama Huawei boleh menggunakan sistem operasi Android ialah disebabkan sifat sistemnya yang terbuka atau open source yang asalnya dari Linux. Walau bagaimanapun, Huawei dilarang daripada menggunakan GMS. Ia bermaksud sekiranya anda membeli telefon Huawei yang baru anda tidak akan dapat mengakses aplikasi seperti Youtube, Gmail dan Maps. 

GMS (Sumber: Techtarget) 

Sekiranya Google diberikan pengecualian oleh kerajaan AS, ia boleh dengan serta-merta memberikan akses tersebut kepada Huawei. 

Microsoft ialah satu syarikat yang mendapat pengecualian daripada kerajaan AS dan dibenarkan bekerjasama dengan China. Sekiranya kerajaan AS menerima permohonan daripada Google, maka syarikat pencarian gergasi tersebut akan segera menyediakan kemaskini untuk telefon Huawei dan membenarkan syarikat China untuk menggunakan Play Store, Maps, Photos dan lain-lain lagi. 

Huawei sebenarnya sudah mempunyai Huawei Mobile Services (HMS) tetapi ianya tidak dapat dijadikan alternatif kepada Google. 

HMS (Sumber: Google play)

Huawei menghasilkan Huawei Mobile Services sebenarnya sebagai alternatif kepada GMS. Ini kerana, syarikat berkenaan perlu terus mengeluarkan telefon pintar untuk memastikan tempatnya di persada antarabangsa dan walaupun tanpa GMS ia perlu juga diteruskan. 

Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro didatangi dengan HMS. Siri Huawei P40 yang akan datang juga akan dilengkapi dengan HMS. HMS ialah alternatif yang agak baik tetapi ia mempunyai beberapa kekurangan dan tidak dapat menggantikan aplikasi Google khususnya untuk pengguna dari luar China. 

Beberapa pengguna telah memuat turun secara sideloading Google Services pada alat Huawei. Walau bagaimanapun, Google memberi amaran perbuatan tersebut akan membuka jalan kepada penggodam untuk mewujudkan aplikasi palsu Google. Ini menunjukkan yang Google tidak gembira dengan situasi tersebut. 


Sumber: BizChina

Catat Ulasan

0 Ulasan