Lamanfo.com

Laman Informasi

IMEJ NASA MENUNJUKKAN PENCEMARAN DI CHINA MENURUN SEJAK WABAK MELANDA.

Imej NASA menunjukkan perbandingan jumlah ketumpatan NO2. (Sumber: Joshua Stevens / Observatori Bumi NASA) 

WASHINGTON: Imej satelit NASA menunjukkan penurunan pencemaran yang dramatik di China yang "sebahagiannya berkait" dengan kemerosotan ekonomi disebabkan wabak virus corona kata agensi angkasa tersebut. 

Penurunan pencemaran nitrogen dioksida (NO2) mula kelihatan di Wuhan, pusat wabak bermula tetapi akhirnya merebak ke serata China, menurut para saintis di NASA yang membuat kajian hasil maklumat mereka dan juga dari satelit Agensi Angkasa Eropah. 

Peta perbandingan ketumpatan NO2 menunjukkan pengurangan di antara bulan Januari tanggal 1 hingga 20, sebelum kuarantin dikuatkuasakan ke atas Wuhan dan bandar yang lain, dengan bulan Februari tanggal 10 hingga 25.

"Terdapat bukti yang perubahan tersebut sebahagiannya berkaitan dengan kemerosotan ekonomi yang disebabkan wabak virus corona tersebut," menurut kenyataan dari Observatori Bumi NASA. 

Pihak berkuasa China telah mengambil tindakan drastik dalam menangani virus tersebut, mengawal pergerakan penduduk, penutupan sementara kilang-kilang di seluruh negara tersebut dan mengkuarantin daerah tengah Hubei, kawasan industri utama dimana wabak mula-mula muncul. 

NO2 terhasil daripada pembakaran bahanapi fosil dari kenderaan dan janakuasa dan boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti asma. 

"Ini ialah pertama kali saya melihat penurunan dramatik di kawasan yang luas untuk suatu kejadian spesifik," kata Fei Liu, seorang pengkaji kualiti udara  di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard di NASA. 

Krisis Kewangan Dunia 2008 menunjukkan penurunan NO2 di beberapa negara tetapi penurunannya secara berperingkat-peringkat, kata beliau. 

Musim luruh tahun ini jatuh pada Tahun Baru Lunar dimana kilang-kilang dan perniagaan ditutup, tetapi para pengkaji percaya penurunan ini lebih besar daripada disebabkan musim cuti. 

Ketumpatan NO2 di bahagian timur dan tengah China adalah 10-30 peratus lebih rendah daripada yang diperhatikan untuk tempoh masa yang sama. 

Dan tidak terjadi kenaikan semula pada tahapnya selepas musim cuti berakhir. 

"Tahun ini, kadar penurunannya lebih ketara daripada tahun-tahun kebelakang dan ianya bertahan lebih lama," kata Liu. 

"Saya tidak terkejut kerana banyak negara di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah wajar untuk meminimakan penyebaran virus tersebut." 

Satu kajian berasingan yang dibuat pada Februari mendapati pelepasan karbon di China menurun sekurang-kurangnya 100 juta tan metrik pada dua minggu sebelumnya - hampir enam peratus daripada pelepasan global dalam jangkamasa yang sama pada tahun lepas. 

Menurut kajian daripada Pusat Kajian Tenaga dan Kebersihan Udara di Finland, penyebaran cepat virus corona tersebut telah menyebabkan kejatuhan permintaan kepada arang batu dan bahanapi, menyebabkan penurunan pelepasan. 


Sumber: New Strait Times


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Disebalik kejadian ada hikmah yg Allah swt telah tetapkan utk manusia berfikir. Tak begitu Lamanfo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam