Lamanfo.com

Laman Informasi

KIUB RUBIKS MENYELESAIKAN DIRI SENDIRI SEMASA DALAM KEADAAN TERAPUNG.


Kiub Rubik merupakan salah satu permainan menguji minda yang popular. Ianya boleh menggembirakan dan boleh juga menghampakan kepada sesiapa yang pernah memainkannya. 

Takashi Kaburagi telah membuat kiub Rubiks yang boleh menyelesaikan dirinya sendiri. Apabila anda melihat kepada video di atas, anda sebenarnya melihat sebuah robot yang dapat menggerak dan memusing dirinya sendiri untuk menyelesaikan posisinya mengikut warna. 

Anda mungkin menyangkakan video tersebut sebuah animasi tetapi ia adalah video realiti sebenar. Rekabentuk robot tersebut mempunyai magnet yang membolehkannya terapung. Tambahan pula ia mempunyai teras yang dicetak khusus secara tiga dimensi dan dijana menggunakan beberapa siri motor servo. 

Video tersebut menunjukkan kiub bergerak dan menyelesaikan dirinya di bawah satu minit sahaja. Perlu diketahui bahawa rekod terpantas untuk sesebuah robot untuk menyelsaikan masalah uji minda kiub Rubiks ialah 0.38 saat. 

Anda juga mungkin menyangkakan yang robot tersebut lebih pintar dari manusia. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya hanya mengulangi semula langkah-langkah putaran yang dibuat sebelumnya semasa hendak bermula. Seorang rakyat China, Du Yusheng dapat menyelesaikan uji minda tersebut pada kelajuan masa 3.47 saat sahaja bermakna robot ini perlu berusaha lebih lagi untuk mengalahkan beliau. 


Sumber: Interesting Engineering

Sila lihat: MEMPERKENALKAN ROBOT MINI CHEETAH.

Catat Ulasan

0 Ulasan