Lamanfo.com

Laman Informasi

MESSENGER FACEBOOK UNTUK iOS KINI DUA KALI LEBIH CEPAT DAN LEBIH RINGKAS.

(Sumber: Pixabay) 

Facebook telah membina semula aplikasi Messenger untuk iOS. Syarikat berkenaan telah mengusahakan untuk membina semula kod tersebut sejak tahun lalu dalam projek dipanggil Projek LightSpeed. Daripada nama projek tersebut anda boleh meneka tujuannya iaitu untuk mempercepatkan aplikasi tersebut. 

Facebook berkata ianya akan menjadi dua kali lebih pantas untuk dilancarkan daripada sebelumnya dan saiznya hanya satu perempat daripada saiz asal. Syarikat berkenaan menyedari adalah penting untuk sebuah aplikasi pesanan ringkas dapat dibuka dengan pantas disebabkan pengguna menggunakannya berulangkali dalam sehari. 

(Sumber: gsmarena.com)

Aplikasi tersebut juga lebih ringkas disamping "kaya dengan ciri-ciri" menjadikannya mudah untuk para jurutera Facebook untuk membina pengalaman yang lebih baik. Senarai perhubungan juga telah dikurangkan daripada 40 versi kepada yang lebih konsisten dengan aplikasi tersebut. 

Kod teras Messenger telah dikurangkan daripada 1.7 juta baris kepada 360,000 baris, maksudnya ia akan lebih ringkas dan lebih responsif. Semasa dalam pembinaannya, beberapa ciri akan hilang sementara tetapi ianya akan kembali dalam masa terdekat. 

Versi Messenger ini juga berperanan sebagai asas kepada visi Facebook untuk menyatukan semua aplikasi pesanan ringkasnya pada masa hadapan. 



Catat Ulasan

0 Ulasan