NASA: ASTEROID YANG BERPOTENSI MEMBAHAYAKAN AKAN LALU BERHAMPIRAN BUMI MINGGU INI.

Lamanfo.com

Laman Informasi

NASA: ASTEROID YANG BERPOTENSI MEMBAHAYAKAN AKAN LALU BERHAMPIRAN BUMI MINGGU INI.


Nasa sedang giat untuk meninjau asteroid-asteroid yang boleh mengancam kehidupan di Bumi. 

Sebelum sebuah asteroid boleh dipanggil sebagai Objek Berdekatan Bumi atau NEO ianya perlu lalu menghampiri Bumi pada jarak yang ditetapkan dimana ianya juga dianggap berpotensi untuk membahayakan Bumi. 

Sehubungan dengan itu, para pakar dari Agensi Angkasalepas AS berkata terdapat satu batu yang terlihat oleh radar pada minggu ini. Asteroid 2012 XA133 dijangka akan lalu berhampiran Bumi pada hari Khamis bersamaan 26 Mac 2020 pada kelajuan 53,000 batu sejam. 

Asteroid tersebut berukuran hampir 1,280 kaki lebar atau 390 meter lebar dan ini sudah cukup untuk menyebabkan impak perlanggaran yang kuat dengan Bumi. Namun demikian, para jurutera Nasa mengira trajektori asteroid tersebut tidak akan membahayakan Bumi. 

Ia dipercayai akan lalu sejauh 0.04453 unit astronomi (AU) atau secara kasar 4.1 juta batu daripada pusat Bumi. Satu AU bermaksud jarak daripada Bumi ke Matahari iaitu kira-kira 93 juta batu. 

Semasa ianya mengorbit matahari, NEO kadang-kadang boleh menghampiri dekat dengan Bumi, jelas Nasa. 

'Perlu diambil maklum bahawa maksud lalu hampir dengan Bumi dalam terma astronomi sebenarnya sangat jauh kalau mengikut terma manusia iaitu jarak meliputi jutaan atau puluhan juta kilometer jauh.'

Turut serta dengan Nasa, Agensi Angkasalepas Eropah (ESA) juga menjejaki asteroid tersebut. Ia sebenarnya salah satu daripada enam asteroid yang dijejaki lalu menghampiri Bumi minggu ini tetapi hanya satu sahaja asteroid yang dianggap dalam kategori berpotensi membahayakan. 

Asteroid Berpotensi Membahayakan atau Potentially Hazardous Asteroids (PHAs) didefinisikan berdasarkan parameter potensi asteroid berkenaan berlanggar dengan Bumi,' menurut kenyataan dari Nasa. 

'Secara harian, kira-kira seratus tan bahan interplanet yang terdampar jatuh ke permukaan Bumi,' kata Pusat Kajian Objek Berdekatan Bumi Nasa (CNEOS). 

'Kebanyakan partikel interplanet yang paling kecil yang sampai ke permukaan Bumi ialah partikel habuk kecil yang terhasil daripada komet semasa ais komet tersebut memeluwap ke serata sistem solar kita. Majoriti bahan interplanet yang bersaiz besar ialah hasil dari perlanggaran asteroid yang berlanggar antara satu dengan yang lain pada masa berabad lamanya.'

'Agensi tersebut ada membuat perkiraan sekiranya salah satu asteroid ini melanggar Bumi: 'Dengan purata selang hampir 10,000 tahun, asteroid dari jenis batu atau besi sebesar lebih kurang 100 meter dijangkakan akan sampai ke permukaan Bumi dan menyebabkan bencana atau ombak besar yang dapat menenggelamkan kawasan pantai yang rendah.' 

Secara purata setiap beberapa ratus ribu tahun, asteroid sebesar lebih satu kilometer boleh menyebabkan bencana besar. Dalam kes ini serpihan daripada impak perlanggaran tersebut akan merebak ke seluruh atmosfera Bumi menyebabkan kehidupan tumbuhan mengalami hujan asid, halangan daripada sinaran matahari dan serpihan perlanggaran menghasilkan hujan api. 

Memandangkan laluan orbit asteroid berkenaan sering bertembung dengan orbit Bumi, perlanggaran dengan objek berdekatan Bumi telah pun terjadi pada masa lalu dan kita sepatutnya bersedia kepada kebarangkaliannya pada masa mendatang. Adalah penting untuk kita meningkatkan usaha untuk mencari dan mengkaji objek-objek ini dan juga menkategorikannya dari segi saiz, komposisi dan struktur sekaligus meninjau laluan trajektorinya pada masa akan datang. 


Sumber: Metro News

Post a comment

0 Comments