Lamanfo.com

Laman Informasi

PARA SAINTIS BERKATA MEREKA MENGENALPASTI DUA JENIS STRAIN COVID-19.



Para saintis di China berkata mereka telah mengenalpasti dua jenis strain Covid-19 yang berkaitan dengan wabak terkini. 

Virus Corona ialah daripada keluarga besar virus RNA dan apabila virus RNA bereplikasi dan berkembang biasanya mereka akan mengalami mutasi.


Replikasi Virus Corona (Sumber: Sinobiological.com)

Para pengkaji telah menganalisa 103 jujukan genom menggunakan strain dari China dan mendapati 70 peratus strain tersebut adalah dari jenis yang mereka panggil "L". Jenis "L" ini lebih agresif berbanding 30 peratus strain yang dipanggil "S". 

Strain yang pertama adalah jenis yang biasa di Wuhan semasa wabak baru bermula tetapi frekuensinya menurun selepas awal Januari. Penurunan tersebut kemungkinan disebabkan langkah pencegahan oleh China untuk mencuba menghalang penyebaran virus tersebut. 

Hasil kajian tersebut yang telah diterbitkan di Kajian Sains Nasional dari Akademi Sains China adalah  masih di peringkat awal dan penerbit kertas hasil tersebut juga agak berhati-hati. 

Para saintis tersebut hanya menganalisa strain dari China, oleh itu lebih maklumat diperlukan mengenai strain yang datang dari negara lain untuk menentukan sama ada virus yang sama telah merebak ke seluruh dunia. 

Dr. Stanley Perlman, profesor dalam Microbiologi dan Immunologi di Universiti Iowa yang telah membuat kajian terhadap SARS dan MERS, berkata kertas kajian tersebut tidak membuktikan yang satu strain adalah lebih agresif atau lebih cepat merebak daripada yang satu lagi. 

"Buat masa ini, kelihatan terdapat dua jenis strain tetapi kita masih tidak mengetahui maksud di sebaliknya," kata Perlman, dimana beliau tidak terlibat dengan kertas kajian tersebut. 


Sumber: ABC News

Catat Ulasan

0 Ulasan