PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) MENGHASILKAN APLIKASI HEARWHO UNTUK ANDA PERIKSA TAHAP PENDENGARAN.

Lamanfo.com

Laman Informasi

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) MENGHASILKAN APLIKASI HEARWHO UNTUK ANDA PERIKSA TAHAP PENDENGARAN.

(Sumber: who.int)

Buat anda yang sering mendengar muzik dengan kuat melalui alat audio boleh mencuba aplikasi terbaru yang dihasilkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Hasil kolaborasi dengan beberapa doktor, pertubuhan tersebut melancarkan aplikasi yang dapat membantu anda mengesan tahap kehilangan pendengaran anda sebagai langkah awal diagnosis. 

Secara fakta, tahap bunyi perbualan biasa ialah sebanyak 70 desibel, suara yang dinaikkan ialah 76 hingga 82 desibel manakala jeritan sebanyak 88 desibel. Namun, kajian menunjukkan tahap pendedahan pendengaran yang selamat ialah sebanyak 85 desibel sahaja untuk tempoh lapan jam dalam sehari.

Aplikasi tersebut dipanggil HearWHO yang dapat membantu memeriksa tahap pendengaran bagi sesiapa yang merasakan pendengarannya semakin merosot. Di samping itu ianya boleh dijadikan rekod peribadi seseorang untuk memantau tahap pendengaran mereka dari semasa ke semasa. 


Aplikasi HearWHO disyorkan untuk sesiapa yang biasa mendengar muzik yang kuat, bekerja di tempat bising, menggunakan ubat yang membahayakan pendengaran atau mereka yang berumur lebih dari 60 tahun". Aplikasi ini juga disyorkan untuk digunakan oleh pekerja kesihatan dan juga di kalangan komuniti yang mengalami masalah pendengaran sebelum diagnostik lebih terperinci dibuat. 

Aplikasi tersebut boleh dimuatnaik dari App Store dan Google Play. 


Sumber: Technave

Post a comment

0 Comments