SAINTIS MENGHASILKAN SISTEM FOTOSINTESIS BUATAN YANG BOLEH MENJANA  BAHAN BAKAR.

Lamanfo.com

Laman Informasi

SAINTIS MENGHASILKAN SISTEM FOTOSINTESIS BUATAN YANG BOLEH MENJANA  BAHAN BAKAR.


Apabila siap nanti, "jubin bahan bakar solar" berpotensi menjadi dedaunan kepada ladang yang menggunakan cahaya matahari sebagai bahan bakar. 

Ia sebenarnya berada di sekeliling kita; sebuah idea menjana tenaga seperti alam semulajadi. Sistem yang kompleks ini cuba ditiru oleh para saintis sejak beberapa tahun iaitu dengan menggunakan cahaya matahari untuk menjana bahan bakar untuk kegunaan perumahan dan kenderaan daripada CO2 dan air. Ia sebenarnya kelihatan seperti satu mimpi tetapi sekumpulan pengkaji telah mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk membina versi daun buatan yang dapat melakukan fotosintesis. 

Hasil usaha mereka dalam menghasilkan fotosintesis buatan akan membolehkan kita menjana tenaga boleh baharu daripada CO2 dalam atmosfera kita. 

Heinz Frei dan pasukan beliau menghasilkan sistem ini dengan penggunaan tiub bersaiz nano di Jabatan Tenaga Makmal Nasional Lawrence Berkeley. Setakat ini, ia berkebolehan melakukan langkah-langkah yang diperlukan untuk tindakbalas menjana tenaga. 

Rekabentuknya menghasilkan aliran proton daripada ruang di dalam tiub ke luar tiub. Ini bermaksud proton yang dihasilkan daripada pemecahan molekul air bergerak untuk bercantum dengan C02 dan elektron dan menghasilkan bahan bakar. Sebelum itu, para pengkaji telah menghadapi masalah dengan aliran proton yang pantas dimana ianya amat penting dalam menggunakan cahaya matahari secara efisien untuk menghasilkan bahan bakar.


Buat masa ini, bahan bakar yang terhasil ialah karbon monoksida, tetapi misi sebenar pasukan tersebut ialah untuk menghasilkan Methanol. 

Dengan adanya tiub-tiub yang diperlukan untuk proses fotosintesis, pasukan tersebut akan mula membuat ujian terhadap keseluruhan sistem. Seunit daripada sistem tersebut dirancang untuk berbentuk segiempat kecil sebagai "jubin bahan bakar solar". Ia akan mengandungi berbillion tiub berskala nano.


Ketua pasukannya, Frei berkata, "Ada dua cabaran yang masih belum dijumpai. Salah satu daripadanya ialah kebolehan dalam nenentukan skala. Sekiranya kita ingin mengekalkan penggunaan bahan bakar daripada fosil dari dalam tanah, kita perlu berupaya menghasilkan tenaga dalam terrawatts - sejumlah bahan bakar yang banyak. Bahan bakar cecair hidrokarbon juga perlu dihasilkan supaya ia boleh digunakan dengan infrastruktur dan teknologi bernilai trillion juta Ringgit Malaysia. 

Pasukan tersebut berharap bahawa jubin ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan teknologi terkini. 

Beliau menambah bahawa sekiranya model  mereka telah terhasil, menjana bahan bakar solar untuk setiap jubin boleh dimulakan secara terus. "Kami, sebagai saintis asas, perlu memghasilkan jubin yang berfungsi dengan semua isu prestasinya sudah diselesaikan. Manakala jurutera dengan bidang khas akan menggabungkan jubin-jubin ini. Apabila kami mengatakan tentang  inci persegi, mereka pula akan menjadikannya batu persegi."


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hasil kajian mereka, anda boleh baca terbitannya di Advanced Functional Materials.


Sumber: Interesting Engineering, Youtube


Post a comment

0 Comments