ZAMAN AIS BERAKHIR APABILA KECONDONGAN BUMI BERUBAH.

Lamanfo.com

Laman Informasi

ZAMAN AIS BERAKHIR APABILA KECONDONGAN BUMI BERUBAH.

(Sumber: Pixabay) 

Zaman ais lebih jutaan tahun dahulu berakhir apabila kadar kecondongan Bumi meningkat mengikut laporan hasil para pengkaji. 

Pada masa tersebut, musim panas yang berpanjangan mencairkan lapisan ais di Hemisfera Utara, menyebabkan cuaca Bumi menjadi keadaan "interglacial" panas, sepertimana yang kita alami sejak lebih 11,000 tahun. 

Kajian tersebut menunjukkan tahap kehangatan musim panas pada masa "pengakhiran zaman ais" tersebut mula mencairkan lapisan ais dan  dengan tahap kehangatan yang tinggi menyebabkan kadar pencairannya menjadi cepat. 

Para pengkaji masih mencuba untuk memahami berapa kerap jangkamasa ianya berlaku dan berapa cepat kita melihat ianya berlaku lagi. 

Sejak pertengahan 1800an, para saintis telah lama mengesyaki yang perubahan dalam geometri orbit Bumi bertanggungjawab kepada zaman ais yang mendatang dan berakhir - ketidaktentuan timbul tentang keadaan orbit yang mana satu yang patut diutamakan.


Kecondongan Bumi (Sumber: Universe Today) 

Kertas kajian yang terbaru hampir menyelesaikan misteri kenapa zaman ais berakhir dengan mengenalpasti bila masanya ianya berakhir. 

Kumpulan pengkaji tersebut menggabungkan maklumat daripada stalagmite dari Itali dengan maklumat dari sedimen lautan yang dikorek di pantai Portugal. 

"Rakan dari Universiti Cambridge dan Portugal’s Instituto Portugu√™s do Mar e da Atmosfera mengkompilasikan rekod terperinci mengenai maklumbalas Atlantik Utara kepada pencairan lapisan ais tersebut," kata Professor Madya Russell Drvsdale dari Universiti Melbourne. 

"Kami boleh mengenalpasti perkembangan lapisan stalagmites bersamaan dengan perubahan yang direkodkan dalam sedimen lautan. Ini membolehkan kami untuk menggunakan maklumat umur dari stalagmite ke dalam rekod sedimen lautan, dimana kini masih belum dapat ditentukan masanya."

Menggunakan teknik terkini dalam penentuan masa melalui radiometrik, kumpulan antarabangsa dapat menentukan masa kepada dua pengakhiran yang berlaku kira-kira 960,000 dan 875,000 tahun dahulu. 

Masa tersebut menunjukkan masa bermulanya pengakhiran lebih konsisten dengan peningkatan kecondongan Bumi. Peningkatan ini menghasilkan musim panas yang panjang dan lebih panas ke atas kawasan dimana lapisan ais wujud di Hemisfera Utara dan menyebabkannya cair. 

"Kedua-dua pengakhiran tersebut kemudian menjadi lengkap pada suhu musim panas Hemisfera Utara mencapai tahap tertinggi ke atas lapisan ais tersebut," kata Drvsdale. "Perbandingan penemuan ini dengan maklumat yang diterbitkan sebelumnya menunjukkan corak yang menunjukkan ciri-ciri kejadian berulang sejak berjuta tahun." 

Kumpulan tersebut juga bercadang untuk melihat dengan lebih dekat zaman perpindahan pertengahan Pleistocene apabila kitaran zaman ais yang berulangkali kejadiannya tiba-tiba menjadi dua kali ganda lebih lama masa antara kitarannya. 


Post a comment

0 Comments