ADAKAH PENGGUNAAN ‘INHALER’ ATAU 'NEBULISER' MEMBATALKAN PUASA?

Lamanfo.com

Laman Informasi

ADAKAH PENGGUNAAN ‘INHALER’ ATAU 'NEBULISER' MEMBATALKAN PUASA?

(Kredit: Pixabay)
Inhaler dan nebuliser ialah alat semburan ubat yang biasa digunakan untuk penyakit respitori akut atau kronik. Indikasi termasuk penyakit Asthma, COPD (Chronic obstructive Pulmonary Disease), allergic rhinitis, URTI dan lain-lain lagi. Teknik semburan ini menggantikan pengambilan ubat secara oral. Jadi keberkesanan inhaler lebih cepat dan spesifik. Terutamanya pada serangan akut, dimana saluran bronkus menjadi sempit. Kesan ubat ini menyebabkan saluran bronkus akan mengembang semula dan memudahkan pesakit bernafas.

Inhaler (Kredit: Pixabay) 

Inhaler ini disedut ke sistem pernafasan melalui mulut dan ubat aktif akan terus ke sakuran bronkus tanpa perlu melalui sistem darah. Jadi ianya bersifat ‘local effect’ di paru-paru. Tidak mungkin sedutan ubat akan ke sistem pencernaan (perut). Sekalipun (sekiranya ada) semburan ini ke sistem pencernaan, ianya tidak akan memberi tenaga kerana tidak berlaku absorpsi ubat ke sistem darah.

www.lamanfo.com
Nebuliser

Ada yang perlu mengambil kombinasi lebih dari satu jenis inhaler seperti Steroid-inhaler dan Bronchodilator-inhaler (Salbutamol dan Terbutaline). Bronchodilator-inhaler adalah bersifat ‘short-acting’ dan perlu diambil lebih kerap seperti 3 atau 4 kali sehari. Berbanding steroid boleh diambil hanya sekali sehari.

Merujuk kepada keputusan ‘Seminar Fekah Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca, Morocco, 14-17 Jun 1997’, dimana menurut majoriti ahli majlis (iaitu pakar fiqh dan perubatan) ubat semburan hidung (inhaler) dan ubat sedut tidak membatalkan puasa.

Islam memberi kelonggaran kepada pesakit yang ingin melakukan ibadah termasuk puasa sebagai satu maslahah. Penggunaan inhaler, pada pandangan kasar ianya membatalkan puasa kerana sesuatu bahan yang masuk ke rongga terbuka. Namun begitu anda boleh merujuk hasil keputusan seminar fiqh di Casablanca tersebut dan merumuskan rasionalnya:

(1)    Pesakit Asthma, COPD dan seumpamanya adalah jenis penyakit akut dan kronik yang memerlukan rawatan inhaler secara berkala dan tempoh yang lama. 

(2)    Inhaler (semburan) bersifat ‘local effect’ di paru-paru sahaja. Tidak ada kesan absorpsi ke sistem pencernaan.

(3)    Inhaler tidak aktif untuk tempoh panjang. Jadi serangan akut asthma contohnya, tidak dapat ditangguh rawatannya. Walaupun pesakit mempunyai maslahah untuk berbuka puasa. Namun kepada pesakit kronik yang perlu mengambil lebih dari 3 kali terutamanya waktu siang, mereka juga berhadapan masalah yang sama untuk berpuasa qada kelak. 

(4)    Inhaler (semburan) tidak memberi sebarang tenaga tambahan kepada pesakit kerana ianya tidak diserap ke sistem darah. Sekalipun ada, ianya terlalu minimum. 

Secara kesimpulannya penggunaan inhaler sewaktu berpuasa kepada pesakit yang akut dan kronik tidak membatalkan puasa sepertimana keputusan ‘Seminar Fekah Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca, Morocco’. 

Pendapat bahawa penggunaan inhaler dan nebuliser juga adalah pendapat sebahagian besar ulama’ seperti al-Syeikh al-‘Allamah Abdul Aziz bin Baz Rahimahullah, al-Syeikh al-‘Allamah al-Faqeh al-Zaman Muhammad bin Soleh al-‘Uthaymeen Rahimahullah, al-Syeikh Abdullah bin Jibrin, al-Syeikh Dr. Muhammad al-Khayyat, al-Syeikh Dr. Muhammad ‘Uqlah Hafizahullah, al-Syeikh Dr. al-Siddiq al-Darir, al-Syeikh Dr. al-Tantawi, al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi Hafizahullah. Ianya juga adalah jawapan yang telah diputuskan oleh badan-badan yang berautoriti seperti:

-Majma’ Fiqh Islami
-Fatwa Lajnah Daimah
-Islamic Organization for Medical Science (IOMS)

Keputusan mereka adalah berdasarkan dalil bahawa bahan yang terdapat di dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut adalah terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyas kepada berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’).


Sumber: Imedik dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 

Post a comment

0 Comments