ADAKAH SAHAM INI HALAL? KEWANGAN ISLAMIK MENCATAT MASA DEPAN BRRTEKNOLOGI TINGGI.

Lamanfo.com

Laman Informasi

ADAKAH SAHAM INI HALAL? KEWANGAN ISLAMIK MENCATAT MASA DEPAN BRRTEKNOLOGI TINGGI.

(Kredit: Pixabay) 

"Adakah saham Tesla halal?" seorang pemuda Muslim yang ingin menjadi pelabur bertanya dalam Twitter. 

Kewangan Islamik - iaitu penyatuan undang-undang Shariah dan perbankan moden - telah menjadi perniagaan AS $2 trillion sejak dua dekad lalu, merangkumi semua daripada bon hingga pembelian kenderaan. 

Tetapi dengan piawaian yang kompleks yang ditetapkan oleh badan islamik, amat sukar untuk seorang Muslim menentukan sama ada sesuatu  pelaburan itu halal atau tidak. 

Namun teknologi baru dapat membantu.

Sebagai contoh, pelopor kereta elektrik Amerika iaitu Tesla, dikategorikan sebagai 96 peratus patuh Shariah, menurut aplikasi Zoya. 

Aplikasi ini menapis saham-saham yang tersenarai di bursa AS berdasarkan kriteria yang dikeluarkan oleh Organisasi Akaun dan Audit untuk Institusi Kewangan Islamik, satu daripada badan yang menetapkan piawaian kepada kewangan islam. 

Dana islamik adalah ditegah daripada melabur dalam syarikat yang berkaitan dengan tembakau, alkohol, khinzir atau perjudian. Pengambilan bunga juga adalah dilarang sebagai riba.

Wahed Invest yang berpusat di AS, iaitu sebuah platform halal dalam talian, menggunakan kriteria tersebut untuk membantu beribu-ribu orang melabur secara "beretika". 

Bank-bank Islam berharap platform moden akan membuka industri ini kepada pelabur muda dan juga supaya kelayakan etika semulajadi akan terbukti menjadi satu lagi tarikan.

Mehdi Benslimane, pakar strategi perkembangan global di Wahed Invest berkata garis panduan dalam teks keagamaan wujud dalam dua keadaan. 

"Sebuah perniagaan mesti mempunyai impak ekonomi yang benar dan bukan sesuatu yang spekulatif. Ia juga mesti mempunyai sumbangan yang positif kepada dunia," katanya. 


Bukan untuk Muslim sahaja. 

Menurut agensi penarafan Standard & Poor's, industri kewangan Islam dalam jangka masa yang singkat berkembang bernilai AS $2.1 trilion.

Dalam unjuran yang dibuat sebelum wabak coronavirus, ia meramalkan sektor ini akan "terus berkembang secara perlahan" pada tahun 2020.

Teknologi kewangan, atau fintech, dapat membantu industri berkembang dengan "memfasilitasi transaksi yang lebih mudah dan cepat", katanya dalam Islamic Finance Outlook 2020 Edition.

Kemerosotan di bahagian ekonomi yang lain disebabkan pandemik  koronavirus menyebabkan kebimbangan akan kejatuhan sektor ini. Dubai Islamic Bank juga telah menangguhkan terbitan bon yang patuh Syariah, menurut laporan media Emirati.

Namun kewangan Islam - berdasarkan konsep untung dan rugi bersama, sehingga dapat meminimumkan risiko bagi bank - mempunyai peminat di luar dunia Islam.

Sebagai contoh, Bank Pembangunan Islam yang berpusat di Jeddah pada bulan November telah menandatangani perjanjian dengan dana pencen gergasi Jepun untuk menyokong perkembangan produk patuh Syariah yang lestari.

Dan Yayasan Kewangan & Pelaburan Bertanggungjawab (RFI), sebuah kumpulan pemikir, telah meningkatkan kemampuan mereka untuk bertindakbalas terhadap kejatuhan pasaran terbaru dengan fakta bahawa mereka berdiri dalam ekonomi sebenar.

Ini juga menunjukkan bahawa keuntungan dari pelaburan dalam industri seperti peralatan perubatan pelindungan dapat disumbangkan kepada badan amal, membantu mengatasi krisis koronavirus tanpa melanggar larangan Islam. 

Tetapi sifat sektor ini yang  bergerak agak perlahan mungkin akan membebankan kemampuannya untuk bertindak balas terhadap krisis.

Penekanan telah diberikan pada pengembangan pasaran daripada menjadikannya lebih efisien, kata Mohammed al-Sehli, CEO Wethaq Capital, sebuah firma fintech yang berpusat di Dubai.

Sektor ini harus lebih fokus kepada inovasi setelah "mengalami kekurangan inovasi, standardisasi dan automasi proses", katanya. 


Cabaran khas. 

Sebelum wabak koronavirus memaksa mereka bekerja dari rumah, lelaki dan wanita muda - dengan jubah abaya tradisional atau seluar jeans dan kemeja-T - duduk di hadapan komputer riba mereka di ruang kerja terbuka di FinTech Hive Dubai.

Wakil presiden eksekutif syarikat Raja al-Mazrouei mengatakan ia menghubungkan syarikat yang baru dengan Pusat Pembangunan Ekonomi Islam Dubai, sarjana Syariah, bank Islam dan pengawalselia kewangan.

"Sekiranya anda mensasarkan negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi ... anda harus dapat menawarkan penyelesaian (patuh syariah)," kata Mazrouei. 

Walau bagaimanapun, syarikat fintech Islam menghadapi pelbagai rintangan yang tidak memberi kesan kepada rakan tradisional mereka.

"Cabaran utama ... adalah memastikan bahawa seluruh rantai bekalan, peraturan, benar-benar diuji dan disahkan oleh para sarjana Syariah," kata Mazrouei, mantan saintis komputer dan lulusan Harvard.

Talal Tabbaa, pengasas Jibrel.com yang menghubungkan pelabur dengan syarikat baru, dan ia sendiri menggunakan teknologi blockchain, menggambarkan industri di mana budaya dapat bertembung.

Pendekatan sebilangan sarjana Muslim yang bersetuju dengan produk kewangan "bukan teknologi, ianya sangat manual dan, menurut saya, subjektif," katanya. 


Sumber: The Malay Mail

Post a comment

1 Comments