Lamanfo.com

Laman Informasi

APA YANG ANDA DENGAR? YANNY ATAU LAUREL?

(Kredit: Pixabay) 
Viral di laman sosial mengenai ilusi bunyi yang dimainkan sama ada bunyi tersebut menyebut Yanny atau Laurel. Apabila diperdengarkan kepada sekumpulan orang, ada yang memberitahu dengan yakin mereka mendengar perkataan Yanny tetapi sebilangan yang lain mendengar perkataan Laurel. 

Anda perlu terlebih dahulu mendengar bunyi tersebut seperti berikut:


Tidak kira sama ada anda mendengar Yanny atau Laurel, sebenarnya kedua-dua jawapan ialah betul. 

Menurut Lars Riecke, professor madya dalam bidang Audisi dan Kognitif Sains Neuro di Universiti Maastricht, ia bukanlah sebenarnya ilusi. Secara fakta, ia merupakan benda yang samar-samar dimana dua benda terbentuk menjadi satu seperti contoh Pasu Rubin. "Pembentukannya boleh disusun dengan dua kaedah alternatif," kata beliau.

Pasu Rubin (Kredit: Wikipedia) 

Rahsianya ialah frekuensi. Maklumat akustik yang membuat kita mendengar Yanny ialah pada frekuensi tinggi berbanding maklumat akustik yang membuat kita mendengar Laurel. Beberapa variasi boleh disebabkan sistem audio yang memainkan bunyi tersebut, kata Reicke. Tetapi faktor lain boleh juga disebabkan keadaan telinga anda sendiri dan apa yang anda harapkan untuk dengar. 

Orang dewasa yang lanjut usia mula kehilangan pendengaran pada frekuensi tinggi, yang menjelaskan kenapa Riecke hanya dapat mendengar Laurel tetapi anak perempuannya yang berumur lapan tahun pula mendengar Yanny. Fenomena ini anda boleh juga simulasikan di komputer katanya, iaitu apabila semua frekuensi rendah dikeluarkan anda boleh mendengar Yanny. Sekiranya anda keluarkan frekuensi tinggi anda akan dengar Laurel. 

Kebanyakan bunyian (termasuk L dan Y dalam bunyi ini) adalah diperbuat daripada beberapa frekuensi sekaligus. Oleh itu sudut persepsi mungkin memainkan peranan di sini. Tetapi Riecke mengesyaki pertindihan frekuensi ini adalah lebih tinggi pada dunia sebenar berbanding dalam rakaman audio. Beliau rasakan frekuensi untuk Y boleh dijadikan lebih tinggi manakala frekuensi yang menjadikan L boleh jadi direndahkan, menurut Reicke walaupun beliau mengetahui ianya hanya spekulasi. Tanpa mengetahui daripada mana bunyi itu dihasilkan, beliau masih belum mendapat kepastian. 

Oleh itu sekiranya kad bunyi komputer atau telinga anda dapat menekankan kedua-dua frekuensi tinggi dan rendah, anda boleh menukar  antara dua bunyi tersebut. Dan menukar gabungan bunyi tersebut untuk melebihkan frekuensi tinggi atau rendah boleh membawa anda ke bunyi Yanny atau Laurel. Itu yang perlu dilakukan oleh Riecke dan sekadar menukar fon telinga masih tidak memadai. 

Di sini ada satu lagi contoh bagaimana mengesahkan bentuk apa yang kita dengar. Ayat yang sama boleh berbunyi seperti "bill", "pail", atau "mayo" bergantung kepada apa yang ditunjukkan pada skrin.




Sumber: The Verge dan Youtube. 

Catat Ulasan

0 Ulasan