COVID-19: APPLE DAN GOOGLE KERJASAMA HASILKAN TEKNOLOGI PENGESAN VIRUS.

Lamanfo.com

Laman Informasi

COVID-19: APPLE DAN GOOGLE KERJASAMA HASILKAN TEKNOLOGI PENGESAN VIRUS.

www.lamanfo.com

Google dan Apple memperlihatkan inisiatif bersama untuk menggunakan telefon pintar bagi mengesan perhubungan virus corona dalam memerangi wabak pandemik. 

Langkah ini membawa dua sistem operasi gergasi bekerjasama dalam usaha menggunakan telefon pintar untuk mengesan yang berpotensi untuk mengekang wabak Covid-19 secara global. 

Telefon pintar yang dikuasakan oleh sistem operasi Apple dan Google Android membolehkan maklumat dikongsi bersama di antara kedua-dua sistem. 

Kolaborasi tersebut meliputi sistem "pengesanan hubungan" yang boleh mengenalpasti orang yang ada hubungan dengan pesakit dan memberi amaran kepada pengguna lain. 

Langkah pertama akan dilancarkan bulan depan iaitu perisian antara muka dan teknologi tahap sistem operasi bagi membolehkan iPhone dan Android berkongsi maklumat menerusi aplikasi yang disediakan oleh pihak berkuasa kesihatan, menurut kedua-dua syarikat tersebut. 

Kerajaan di seluruh dunia juga sedang melakukan langkah mempelajari dan perlaksanaan untuk menggunakan teknologi penentuan lokasi melalui telefon pintar bagi mengenalpasti mereka yang positif Covid-19 dan memastikan mereka tidak menjangkiti orang lain walaupun usaha tersebut menimbulkan kebimbangan privasi dan kebebasan sivil. 

Apple dan Google berkata mereka akan memulakan kerjasama pada bulan hadapan dengan menggunakan kebolehan Bluetooth yang sering digunakan untuk alat tanpa wayar seperti fon telinga dan membolehkan telefon bertukar maklumat. 

Apple dan Google menegaskan bahawa "privasi, ketelusan dan keizinan" adalah keutamaan dalam inisiatif bersama tersebut. 

"Kami di Apple dan Google percaya amatlah penting bekerjasama dalam menyelesaikan masalah utama dunia," kata mereka dalam sidang akhbar. 

"Menerusi kerjasama dan kolaborasi yang rapat dengan pemaju, kerajaan dan penyedia kesihatan awam, kami berharap untuk menggunakan kebolehan teknologi untuk membantu negara-negara seluruh dunia mengekang penyebaran Covid-19 dan mempercepatkan kembali kehidupan seperti biasa."

Penulis berpendapat langkah ini amat baik sekali dan berharap syarikat gergasi yang lain juga dapat bekerjasama dalam mengekang penyebaran virus Covid-19 atas nama kemanusiaan. 


Sumber: New Straits Time

Catat Komen

0 Ulasan