COVID-19: BOSTON DYNAMICS MENGHANTAR ANJING ROBOT UNTUK MERAWAT PESAKIT.

Lamanfo.com

Laman Informasi

COVID-19: BOSTON DYNAMICS MENGHANTAR ANJING ROBOT UNTUK MERAWAT PESAKIT.


Di Brigham and Women's Hospital, sesuatu yang luar biasa berlaku seolah-olah seperti dalam dunia masa depan. Anjing robot milik Boston Dynamics yang bernama Spot telah membantu doktor di Boston memerangi virus korona. 

Anjing robot ini dilengkapi dengan iPad dan radio dua hala yang membolehkan pekerja kesihatan mengadakan persidangan video dengan pesakit sambil mengawal robot dari jauh. Dengan cara ini, pihak perubatan dapat menilai pesakit secara terpisah tanpa terdedah kepada virus Covid-19.

Ini sangat penting kerana, di AS sekurang-kurangnya 5.400 jururawat, doktor, dan pekerja kesihatan lain telah dijangkiti penyakit itu sendiri, dengan puluhan di antaranya kehilangan nyawa. Itulah sebab mengapa pembantu yang luarbiasa ini pasti akan menjadi sahabat baik para doktor.

Percubaan dunia nyata sudah bermula kata Boston Dynamics dalam catatan blognya pada hari Khamis, "Bermula pada awal bulan Mac, [kami] mula menerima panggilan dari hospital yang bertanyakan apakah robot kami dapat membantu meminimumkan pendedahan kakitangan mereka terhadap COVID-19. Salah satu hospital yang kami telah berbincang menyatakan bahawa, dalam masa seminggu, satu daripada enam kakitangan mereka telah dijangkiti COVID-19 dan mereka berusaha menggunakan robot untuk mengelakkan banyak kakitangan mereka daripada terdedah kepada rangkaian virus baru."

Sekarang, Spot telah pun ditempatkan di Brigham and Women's Hospital di Universiti Harvard. Anjing mekanikal tersebut berfungsi sebagai sokongan telemedicine, membantu kakitangan barisan hadapan dalam persekitaran berisiko tinggi.

Hospital Brigham telah memulakan percubaan sebenar pada minggu lalu dengan pesakit yang telah bersetuju untuk menjalani temuramah menggunakan robot.


Bagaimanakah ia berfungsi. 

Versi terkini hanya boleh menjalankan temuramah; namun, Brigham akan segera memasang model yang ditingkatkan dengan kamera yang dapat mengukur kadar pernafasan dan suhu badan pesakit.

Kamera iPad Spot membolehkan doktor melihat keadaan fizikal pesakit. Doktor boleh bercakap dengan pesakit melalui mikrofon yang terpasang untuk menanyakan soalan asas secara diagnostik. Lebih-lebih lagi, mereka dapat mengarahkan Spot untuk bergerak untuk melihat keadaan pesakit dengan lebih baik.

Penggunaan robot yang luas seperti Spot juga dapat membantu kakitangan hospital dalam mengurangkan keperluan pelindung muka dan topeng N-95.


Boston Dynamics menggunakan sumber perkakasan dan perisiannya secara terbuka. 

Bahagian yang paling baik adalah hakikat dimana Boston Dynamics berkongsi program sumbernya secara terbuka untuk perkakasan dan perisian robot mengikut keperluan hospital. Ianya boleh didapati di halaman GitHub syarikat berkenaan. 

Menurut syarikat itu, anda boleh mengubah robot lain menjadi pekerja percubaan dengan hanya mengolah perisian sumber terbuka tersebut. 


Spot akan mengalami evolusi. 

Lebih-lebih lagi, syarikat tersebut ingin memajukan robot berkenaan dengan membuatnya lebih sesuai dengan suasana rumah sakit seperti mengukur tanda-tanda penting seperti suhu badan, kadar pernafasan, denyut nadi dan tahap ketepuan oksigen.

Setelah ianya tercapai, Boston Dynamics akan menggunakan cahaya UV-C untuk menyingkirkan zarah virus dan membasmi permukaan.

Jadi ya, Spot tidak akan bermain seperti anjing hidup; namun, ia sudah berjalan-jalan di hospital yang memberikan pengalaman teknologi masa hadapan kepada pesakit dengan bahagian luarnya yang tanpa kepala tetapi mempunyai wajah manusia dipaparkan pada iPad yang terpasang.

Bukankah ini berita baik? Kami meneka sekarang adalah masa untuk mengatakan, "Robot akan berjumpa anda sekarang".

Penulis menjangkakan akan ada berita mengenai pesakit yang dikejar anjing dalam hospital. 



Sumber: Interesting Engineering dan Youtube

Catat Komen

0 Ulasan