COVID-19: ITALI MENGGUNAKAN KHIDMAT ROBOT UNTUK MEMBANTU DOKTOR.

Lamanfo.com

Laman Informasi

COVID-19: ITALI MENGGUNAKAN KHIDMAT ROBOT UNTUK MEMBANTU DOKTOR.


VARESE, Itali: Seluruh dunia pada masa kini sedang berjuang dengan wabak virus Covid-19 dan salah satu negara yang paling teruk terjejas ialah negara Itali dengan kadar kematian mencecah 14,681 orang dan dijangka akan meningkat kepada 15,000 hujung minggu ini. 

Menurut persatuan perubatan nasional negara tersebut melaporkan sekurang-kurangnya 70 jururawat telah maut sejak wabak ini melanda pada 21 Feb lepas. 

Oleh sebab itu teknologi datang untuk membantu dengan menggunakan robot bagi menjaga para pesakit yang positif virus Covid-19. Dengan adanya robot-robot ini dapat mengurangkan para doktor dan jururawat daripada terdedah kepada jangkitan melalui pesakit. 

Hospital Varese, Itali memiliki enam robot yang menyerupai manusia dengan roda. Robot-robot ini mempunyai pelbagai rekabentuk dengan sebahagian mempunyai alat-alat pemeriksaan tertentu, sebahagian dipasangkan skrin monitor dan sebahagian hanya kelihatan seperti penyapu beroda. 


Doktor memberitahu robot-robot ini amat disukai di kalangan pesakit yang masih muda. Walau bagaimanapun, tujuan utama penggunaan robot ini ialah untuk membantu para doktor dan jururawat daripada terkena dan menyebarkan jangkitan Covid-19.

"Robot adalah pembantu yang tidak mudah letih, tidak dapat dijangkiti dan tidak akan sakit," kata Pengarah ICU Hospital Circolo, Francesco Dentali. 


Bacaan daripada pemeriksaan robot tersebut membolehkan jururawat berada di luar ICU dan dapat memantau pesakit dari skrin komputer di bilik berasingan. 



Sumber: The Star dan Youtube

Post a comment

0 Comments