Lamanfo.com

Laman Informasi

HUAWEI MENIPU LAGI MENGENAI FOTOGRAFI TELEFON PINTAR JENAMANYA.

www.lamanfo.com

Huawei ditangkap dengan menggunakan kamera DSLR mahal untuk membesar-besarkan kualiti telefon pintarnya. Penipuan itu ditemui ketika syarikat itu mengadakan pertandingan untuk peminat mereka di China untuk mempromosikan P40 Pro.

Sebuah video telah dikongsi di Weibo yang merangkumi beberapa foto yang didakwa oleh Huawei telah diambil menggunakan kamera dari telefon pintarnya. Walau bagaimanapun, seorang pengguna Weibo telah menyedari bahawa salah satu gambar itu kelihatan tidak asing bagi beliau. Setelah melakukan penyiasatan, dia menjumpai foto yang sama di platform fotografi 500 piksel, lengkap dengan data mengenai alat yang digunakan untuk mengambil gambar tersebut. 

Sedutan video promosi Huawei

Foto tersebut sebenar tidak diambil menggunakan Huawei P40 Pro. Sebaliknya, ia diambil dengan menggunakan kamera DLSR Nikon D850, yang berharga lebih dari USD 3,000.

Juga ditunjukkan bahawa tidak hanya satu, tetapi dua gambar diambil dari jurugambar yang sama.

Gambar yang diambil melalui kamera DSLR

Gambar yang lain juga diambil melalui kamera DSLR

Ini bukan kali pertama Huawei mencuba muslihat ini. Sejak beberapa tahun lalu, mereka telah menggunakan kamera DSLR dan bukannya kamera telefon pintar mereka untuk iklan. Huawei juga menggunakan DSLR untuk kempen P30 mereka, dan mengatakan bahawa foto yang diambil dengan DSLR bernilai USD 4,500 kononnya diambil oleh telefon pintar P9 Huawei. 

Walaupun Huawei bukanlah satu-satunya syarikat yang telah melakukan penipuan tersebut, tetapi ia masih merupakan muslihat kotor untuk membuat orang menganggap telefon Huawei lebih baik daripada yang sebenarnya.

Huawei P40 Pro kini merupakan peranti dengan kedudukan tertinggi pada ranking telefon bimbit DXOMARK, iaitu sebuah laman web yang menyebut dirinya sebagai "penanda aras bebas yang menilai secara saintifik telefon pintar, lensa dan kamera". Ditubuhkan pada tahun 2008, ia dimiliki oleh DXOMARK Image Labs dan beribu pejabat di Boulogne-Billancourt, Paris, Perancis. 

Jadi, mengapa Huawei harus menggunakan taktik seperti itu jika kamera mereka lebih hebat daripada telefon pintar lain?


Sumber: Soyacincau dan Wikipedia

Catat Ulasan

0 Ulasan