Lamanfo.com

Laman Informasi

LUBANG BESAR YANG ANEH PADA LAPISAN OZON MUNCUL DI ARTIK.


Sejak bulan lepas sebuah lubang baru muncul di lapisan ozon di Artik. 

Sebenarnya lapisan ozon di Kutub Utara telah lama menipis beberapa kali sejak dahulu tetapi kali ini disebabkan keadaan cuaca dan atmosfera yang ekstrim telah menyebabkan ianya semakin menipis daripada kebiasaan menurut Agensi Angkasalepas Eropah (ESA) semasa sidang akhbar. 

Namun begitu, para saintis menjangkakan ia akan tertutup semula pada hujung bulan ini tetapi apa yang membimbangkan mereka ialah keadaan alam sekitar itu sendiri. 

Pada tahun ini lubang pada lapisan ozon di Artik adalah lebih besar berbanding kebiasaannya disebabkan suhu sejuk pada stratosfera yang membantu memerangkap pusaran angin sejuk yang dipanggil vorteks polar pada kawasan yang ozonnya lebih tersebar daripada biasa. 

Walau bagaimanapun, lubang besar yang aneh di lapisan ozon Artik ini sebenarnya lebih kecil jika dibandingkan dengan lubang pada lapisan ozon di Antartika menurut ESA. 

Lubang di lapisan ozon Antartika boleh membesar sehingga 25 juta kilometer persegi tetapi kini ia telah mengecil dan lubang yang baru di Artik hanya 1 juta kilometer persegi sahaja. 

Masih tidak jelas apa yang akan terjadi seterusnya pada masa hadapan. Lubang di lapisan ozon di Artik berpunca daripada cuaca yang ekstrim yang dikaitkan dengan perubahan cuaca tetapi masih terlalu awal untuk menetapkan bahawa penipisan lapisan ozon di Artik akan berterusan sekiranya perubahan cuaca yang berterusan. 

Apa yang diketahui ialah penipisan lapisan ozon boleh menyebabkan cuaca yang ekstrim di seluruh dunia dan bermaksud ianya juga akan memberi impak yang besar kepada dunia di kemudian hari. 



Sumber: Sciencealert.com dan Youtube

Catat Ulasan

0 Ulasan