MODEL KOMPUTER RAMAL KESAN UBAT TERHADAP KADAR DENYUTAN JANTUNG ANDA

Lamanfo.com

Laman Informasi

MODEL KOMPUTER RAMAL KESAN UBAT TERHADAP KADAR DENYUTAN JANTUNG ANDA

(Kredit: Pixabay) 

Para pengkaji telah menghasilkan model komputer untuk mengetahui kesan sampingan ubat terhadap jantung anda khususnya risiko aritmia. 

Aritmia jantung, juga dikenali sebagai denyutan tak sekata atau dipanggil disritmia kardiak, ialah keadaan dimana denyutan jantung yang tidak sekata sama ada terlalu laju atau terlalu perlahan. 

"Salah satu sebab sesuatu jenis ubat dihentikan dari pasaran ialah potensinya menyebabkan aritmia yang boleh membawa maut. Namun demikian, terdapat juga ubat yang sepatutnya dihasilkan untuk merawat aritmia sebaliknya boleh menjadi penyebab aritmia," kata pengkaji Colleen E Clancy, professor di Universiti California-Davis di Amerika Syarikat. 

Masalahnya, menurut Clancy, ialah tidak ada kaedah mudah untuk mengetahui bagaimana sesuatu jenis ubat berinteraksi dengan saluran potassium yang dienkodkan dengan hERG yang amat penting untuk denyutan jantung yang normal. 

"Setakat ini belum ada kaedah yang betul-betul dapat memastikan mana satu jenis ubat yang boleh digunakan sebagai terapi dan mana yang berbahaya," kata Clancy. 

"Apa yang telah kami tunjukkan ialah kini  kami dapat menentukan struktur kimia sesuatu jenis ubat tersebut dan menjangkakan impaknya kepada kadar denyutan jantung," tambah Clancy.

Dengan menggunakan formula kimia ubat tersebut, komputer dapat menunjukkan bagaimana ubat tersebut berinteraksi secara spesifik dengan saluran hERG dan juga sel-sel kardiak dan tisu. 

Hasilnya kemudian akan disahkan dengan membuat perbandingan kepada maklumat klinikal daripada keputusan Elektrokardiogram (ECG) pesakit. 

Untuk tujuan kajian, yang mana telah disiarkan dalam jurnal Circulation Research, para pengkaji mengesahkan model ECG pesakit yang mengambil dua jenis ubat yang diketahui berinteraksi dengan saluran hERG iaitu satu jenis ubat dengan profil keselamatan yang tinggi manakala satu jenis ubat lagi yang diketahui boleh meningkatkan aritmia. 

Hasilnya telah membuktikan ketepatan model tersebut. 

Clancy membayangkan model itu akan menawarkan ujian pra-pasaran penting untuk keselamatan ubat untuk jantung. Ujian tersebut boleh juga digunakan untuk sistem organ yang lain seperti hati dan otak. 

"Setiap jenis ubat yang baru perlu melalui ujian ketoksikannya kepada jantung dan ini boleh menjadi langkah penting pertama dalam menentukan bahaya atau selamat sebelum maju kepada ujian yang lanjut dan lebih mahal," kata Clancy. 


Sumber: Hindustantimes

Post a comment

0 Comments