NASA BERSEDIA UNTUK MISI MENGUBAHARAH ASTEROID.

Lamanfo.com

Laman Informasi

NASA BERSEDIA UNTUK MISI MENGUBAHARAH ASTEROID.

NASA Xenon Thruster (Kredit: Scitechdaily) 

Selepas menjalankan siri ujian keupayaan dan alam sekeliling, NASA telah menyediakan alat tujahan mereka yang dipanggil Evolutionary Xenon Thruster - Commercial (NEXT-C) untuk Misi yang dipanggil Double Asteroid Redirection Test (DART) yang akan dilancarkan tahun depan.

Sejak beberapa bulan lepas, alat tujahan tersebut yang direkacipta di Pusat Kajian Glenn NASA di Cleveland dan dibina oleh Aerojet Rocketdyne telah menjalani ujian getaran, vakum termal dan ujian keupayaan dan kemudian dipasangkan dengan unit pemproses kuasa. Ujian alam sekitar dibuat bagi memastikan NEXT-C dapat bertahan getaran semasa perlancaran dan suhu semasa penerbangan di angkasalepas. 

DART akan menjadi misi angkasalepas yang pertama untuk mendemonstrasi pemesongan asteroid dengan impak kinetik, iaitu teknik bagi mengelakkan asteroid yang berbahaya daripada melanggar Bumi dengan memesongkan arah tujunya. Sistem tujahan atau propulsi NEXT-C akan diuji dalam misi ini berserta dengan teknologi yang lain. 

NEXT-C beroperasi dalam vakum (Kredit: Scitechdaily) 

Apabila sistem propulsi ini berjaya didemonstrasikan semasa DART kelak, NEXT-C akan digunakan terus untuk 10 hingga 15 tahun untuk misi penjelajahan ke asteroid lain, komet atau planet seperti Zuhrah. 

Walau bagaimanapun, penulis percaya misi DART juga boleh disalahgunakan untuk menyerang mana-mana negara menggunakan asteroid agar kelihatan seperti kejadian bencana alam. Wallahu a'lam. 


Sumber: Scitechdaily

Post a comment

0 Comments