PENGGUNAAN INTERNET PECAH REKOD TERTINGGI SEMASA PKP.

Lamanfo.com

Laman Informasi

PENGGUNAAN INTERNET PECAH REKOD TERTINGGI SEMASA PKP.

(Kredit: Bernama) 

KUALA LUMPUR: Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penggunaan Internet di seluruh Malaysia mencatatkan rekod baharu dengan penggunaan lebih besar daripada isi rumah dalam bentuk  audio visual, e-Pembelajaran, panggilan persidangan video dan laman sosial. 

Pengerusi Malaysia Internet Exchange (MyIX), Chiew Kok Hin berkata ia telah mencatatkan paras tertinggi baharu bagi puncak trafik Internet iaitu 588 gigabit sesaat (Gbps), mengatasi rekod pada dua minggu pertama PKP iaitu 532Gbps dan mata puncak trafik tertinggi pada tahun 2019, iaitu 500Gbps.

"Infrastruktur MyIX diklasifikasikan sebagai infrastruktur penting negara dan, dengan itu, keselamatan juga telah diperketatkan menepati garis panduan Majlis Keselamatan Negara.

"Kebanyakan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) dan Rangkaian Penyampaian Kandungan (CDN) secara langsung diselaraskan bersama MyIX dengan kapasiti yang mencukupi," katanya.

Chiew berkata beberapa pengendali telekomunikasi telah menaik taraf infrastruktur mereka susulan peningkatan permintaan bagi kesambungan Internet yang lebih pantas. 

Beliau juga berkata MyIX telah mengecualikan caj bagi port-port baharu ini selama tiga bulan dan juga tidak mengenakan caj untuk port sedia ada pada sepanjang April. 

MyIX juga telah memberi diskaun di antara 20 hingga 23 peratus bagi penggunaan port sedia ada bergantung kepada kapasiti port untuk semua ahli MyIX bulan ini. 

Beliau berkata MyIX dan pengendali telekomunikasi akan terus melakukan yang terbaik untuk memastikan tiada gangguan kesambungan internet semasa tempoh PKP ini.

Sumber: Astro Awani

Post a comment

0 Comments