Lamanfo.com

Laman Informasi

PERMAINAN NINTENDO TIDAK DIBENARKAN SELEPAS MOGOK DI HONG KONG.

(Kredit: mightyape.co.nz)

HONG KONG: Sebuah permainan video dari Nintendo Switch telah ditarik keluar dari pasaran dalam talian China. Ini berikutan seorang aktivis Hong Kong bernama Joshua Wong menggunakan permainan tersebut untuk membantah pemerintahan Beijing dalam wilayah tersebut. 

Permainan bertajuk Animal Crossing: New Horizon ialah sebuah permainan berbentuk simulator sosial yang penuh warna dimana pemain boleh menghias pulau mereka sendiri dan menjemput yang lain untuk melawat. Ia menjadi popular selepas perlancarannnya bulan lepas dan telah digunakan oleh ramai pemain untuk berinteraksi dan mensimulasikan senario kehidupan sebenar sementara mereka terkurung di rumah disebabkan arahan kerajaan semasa wabak virus corona. 

Joshua Wong, seorang aktivis demokrasi Hong Kong membawa bantahan beliau ke dalam permainan tersebut minggu lepas dan menyiarkan paparan skrin pulau beliau di Twitter  dengan sepanduk: "Free Hong Kong, revolution now." 

Joshua Wong (Kredit: thestar.com)

China mempunyai undang-undang yang ketat mengenai kandungan media termasuk permainan video hingga kepada filem tayangan dan muzik, menapis apa sahaja yang dipercayai melanggar nilai-nilai sosialis secara teras. Syarikat permainan juga perlu mendapatkan lesen untuk permainan yang hendak dikeluarkan.

Nintendo telah melancarkan penjualan konsol di China menerusi syarikat gergasi Tencent pada Disember, tetapi China hanya membenarkan akses sambungan multiplayer untuk permainan seperti Animal Crossing melalui edisi luar negara yang tersedia di pasaran kelabu melalui platform seperti Pinduoduo dan Taobao. 

Walau bagaimanapun, sejak penyiaran Twitter Joshua Wong, pencarian untuk permainan Animal Crossing: New Horizons tidak lagi dapat dicari melalui Pinduoduo. Pada platform Taobao kepunyaan Alibaba pula, beberapa vendor menjualnya tanpa menunjukkan nama permainan tersebut. 

Beberapa pemain Animal Crossing di China telah membuat senario yang menggambarkan kehidupan sebenar dunia dengan suhu dan avatar memakai topeng muka. 

Sejak itu Joshua Wong telah berkongsi gambar pulau beliau dengan menunjukkan potret Presiden China Xi Jinping dan Ketua Badan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom dalam simulasi pengebumian dengan sepanduk "Wuhan pneumonia". 

Tidak dapat dipastikan sama ada penarikan semula permainan tersebut merupakan arahan dari pengawal selia kandungan China atau tindakan sukarela daripada platform perniagaan talian yang sensitif kepada politik. 

Setakat ini wakil daripada Alibaba dan Pinduoduo tidak ada memberi komen mengenai penarikan semula permainan tersebut. 

Plague Inc. (Kredit: shacknews.com)

Pada Februari lalu permainan bertajuk Plague Inc, dimana pemain menghasilkan patogen untuk memusnahkan dunia, telah dikeluarkan daripada Apps Store Apple di China apabila pengawal selia memberitahu mengandungi unsur-unsur yang dilarang. 


Sumber: The Star

Catat Ulasan

0 Ulasan