Lamanfo.com

Laman Informasi

PROJEK ASTRONOMI TERBESAR DI DUNIA TERHENTI KERANA WABAK COVID-19.

ALMA (Kredit: Wikipedia) 

Projek astronomi  terbesar di dunia dinamakan Atacama Large Millimeter/submillimeter Array (ALMA) yang sedang dalam pembinaan di padang pasir Atacama di Chile telah dihentikan disebabkan wabak pandemik virus Covid-19.

Projek tersebut melibatkan beberapa fasiliti sedia ada di kawasan tersebut iaitu Observatori Llano de Chajnantor dimana projek ALMA akan dibina, Observatori Paranal yang terdapat Very Large Telescope (VLT), Observatori La Silla dan Observatori Cerro Armazones. 

Kawasan padang pasir tersebut amat sesuai untuk observatori astonomi kerana ianya terletak pada altitud tinggi dengan cuaca yang hampir tidak berawan membolehkan pandangan yang teramat jelas pada waktu malam untuk sepanjang tahun. Sekiranya terdapat banyak air di atmosfera ianya akan menganggu penerimaan pancaran yang lemah daripada angkasalepas yang lebih jauh. Oleh sebab itu banyak teleskop dibina di padang pasir atau di atas pergunungan dimana ianya lebih kering.

(Kredit: Smithsonianmag.com)

Walau bagaimanapun, semua observatori tersebut telah ditutup sejak wabak melanda. Penutupan ini memberikan impak yang signifikan kepada bidang astronomi secara keseluruhan. Ini disebabkan fasiliti tersebut melambangkan dana astronomi antarabangsa dan telah menghasilkan maklumat yang digunapakai untuk bidang tersebut, maka dengan itu penutupannya memberi kesan kepada projek-projek penyelidikan. 

"Semua saintis dari luar yang merancang datang dengan projek masing-masing untuk membuat observasi pada bulan April dan Mei telah dibatalkan," kata Steffen Mieske, ketua operasi sains di Observatori Paranal yang ditaja oleh Eropah. "Kami menjangkakan banyak projek penyelidikan akan terkesan." 

Majoriti pekerja di observatori tersebut telah diarahkan pulang dengan satu pasukan akan bekerja untuk tujuan senggeraan kepada peralatan saintifik. "Satu pasukan menyambung kerja-kerja di observatori bagi memastikan sistem teleskop beroperasi dan memastikan kita telah bersedia beroperasi semula apabila diperlukan kelak," kata Sean Dougherty, pengarah teleskop ALMA. 

Untuk makluman, ALMA telah menyumbang kepada beberapa penemuan penting seperti lubang hitam angkasalepas bersaiz medium, kejadian apabila dua bintang lalu berhampiran dan salah satunya mati dan fasa dimana planet yang masih muda melalui pembentukannya.

VLT pula digunakan untuk memburu eksoplanet yang boleh berhabitat, pengimbasan bintang yang hampir mati dan meninjau ke pusat galaksi dengan kejelasan yang belum pernah dilihat sebelum ini. 


Sumber: Digital Trends

Catat Ulasan

0 Ulasan