Lamanfo.com

Laman Informasi

SAINTIS MENGHASILKAN MUTASI ENZIM YANG DAPAT MENGITAR SEMULA BOTOL PLASTIK DALAM BEBERAPA JAM.

(Kredit: Pixabay) 
Enzim bakteria yang termutasi yang dapat menguraikan botol plastik untuk kitar semula telah dihasilkan oleh saintis. 

Enzim ini biasanya ditemui di kompos dedaunan yang dapat menguraikan botol kepada bentuk kimia yang kemudiannya digunakan untuk membuat botol baru berkualiti tinggi. Teknologi kitar semula terkini biasanya menghasilkan plastik yang hanya boleh digunakan untuk pakaian dan karpet sahaja. 

Syarikat yang berjaya membuat enzim ini iaitu syarikat Carbios berkata mereka mensasarkan kitar semula berskala industri dalam jangkamasa lima tahun. Ia telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar termasuk Pepsi dam L'Oréal untuk mempercepatkan pembangunannya. Pakar bebas memanggil enzim baru ini sebagai pencapaian yang utama. 

Berbilion tan sisa plastik telah mencemarkan planet kita, dari Artik hingga ke dasar laut dalam dan ini menimbulkan risiko kepada hidupan laut. Orang yang berkempen mengenai alam sekitar mengatakan bahawa mengurangkan penggunaan plastik ialah kunci utama tetapi syarikat berkenaan berkata bahan yang kuat dan ringan amat berguna dan kitar semula adalah sebahagian daripada penyelesaiannya. 

Penemuan enzim baru ini bermula dengan pengskrinan 100,000 organisma mikro termasuk kompos daripada serangga daun yang mula ditemui pada 2012.

Saintis menganalisa enzim tersebut dan menjadikan ia bermutasi untuk memperbaiki kebolehannya menguraikan plastik PET dimana botol minuman diperbuat. Mereka juga menjadikannya stabil pada 72 darjah Celsius hampir kepada suhu sesuai untuk degradasi pantas. 

Enzim  yang telah dioptimakan akan digunakan untuk menguraikan satu tan sisa botol plastik dimana telah digradasi dalam 10 jam. Saintis kemudian menggunakan bahan terhasil menjadi botol plastik baru dengan gred pemakanan. 

Syarikat Carbios mempunyai perjanjian dengan syarikat teknologi nano iaitu Novozymes untuk menghasilkan enzim baru menggunakan kulat. Diberitahu kos untuk menghasilkan enzim hanya 4% daripada kos membuat plastik daripada minyak. 


Sisa botol perlu dikumpul dan dipanaskan sebelum ditambahkan enzim menjadikan plastik PET yang dikitar semula lebih mahal daripada plastik asli. Tetapi Timbalan Ketua Eksekutif di Carbios, Martin Stephan berkata plastik kitar semula yang rendah kualiti dijual agak mahal juga disebabkan kekurangan bekalan. 

"Kami ialah syarikat yang pertama membawa teknologi ini di pasaran," kata Stephan. "Sasaran kami ialah untuk menghasilkannya dalam tahun 2024, 2025 pada skala besar bertahap industri." 

Saintis juga sedang dalam proses mencari kaedah biologi lain untuk menguraikan lain-lain jenis plastik yang selalu digunakan. Pada Mac, pengkaji dari Jerman memperlihatkan sejenis serangga yang boleh memakan polyurethane yang bertoksik, manakala hasil kerja awal mereka menunjukkan larva kupu-kupu lilin yang biasanya digunakan untuk umpan ikan boleh memakan beg polythene.



Sumber: The Guardian dan Youtube

Catat Ulasan

0 Ulasan