Lamanfo.com

Laman Informasi

SEORANG PROGRAMMER MENGGUNAKAN PENAPIS AI UNTUK DEEPFAKE ELON MUSK SEMASA MESYUARAT ZOOM.



Pengasas SpaceX, Elon Musk mungkin telah melarang pekerjanya daripada menggunakan Zoom atas sebab keselamatan; namun, anda jangan terkejut jika Ketua Pegawai Eksekutif itu sendiri muncul di mesyuarat bulanan anda.

Video di atas menunjukkan bagaimana Elon Musk muncul dalam panggilan Zoom tiga hala dan jika bukan kerana pergerakan wajah dan perbezaan suaranya yang janggal, kita akan mudah diperbodohkan. 

Programmer bernama Ali Aliev, iaitu lelaki di belakang topeng Elon, menggunakan kod sumber terbuka (open-source code)  dari perisian "First Order Motion Model for Image Animation" untuk membina Avatarify, dimana anda boleh menggunakannya untuk meletakkan wajah Britney Spears ke wajah anda secara nyata - semasa mesyuarat Skype dan Zoom.

Ya, dengan adanya penapis deepfake tersebut, anda akan dapat menghadiri panggilan video dengan menyerupai sesiapa sahaja daripada Mona Lisa ke Elon Musk. Kod penapis tersebut boleh didapatkan di Github untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.

Dalam klip YouTube yang lain, Aliev telah menunjukkan bagaimana Avatarify dapat mengambil rakaman dari kamera web komputernya untuk menterjemahkan pergerakan wajahnya ke gambar pegun Albert Einstein, Eminem, dan Steve Jobs.



Sumber: Interesting Engineering dan Youtube

Catat Ulasan

0 Ulasan