VIRAL MENGENAI TEKA TEKI 'OPEN THE LOCK PUZZLE'.

Lamanfo.com

Laman Informasi

VIRAL MENGENAI TEKA TEKI 'OPEN THE LOCK PUZZLE'.


Dari semasa ke semasa pelbagai teka-teki dan soalan-soalan menguji minda yang dikongsikan melalui Facebook, Twitter dan juga Whatsapp yang kadangkala ditambah juga ayat seperti "hanya yang genius boleh menjawab" atau "hanya 1% sahaja yang dapat menjawab". Walau bagaimanapun, tidak kira sama ada menjawabnya menjadikan kita genius atau tidak ianya pasti memberi sedikit hiburan bagi mengisi lapang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Minggu ini telah diviralkan  satu teka-teki dalam laman sosial dimana anda perlu mendapatkan nombor 3 digit bagi membuka kekunci berdasarkan petunjuk-petunjuk yang disediakan seperti berikut:

682: Satu digit betul dan pada tempatnya. 
614: Satu digit betul tetapi tempatnya salah. 
206: Dua digit betul, keduanya di tempat salah.
738: Semua digit salah. 
380: Satu digit betul tetapi tempatnya salah. 

Anda boleh mencuba dahulu dan sekiranya sudah bersedia boleh teruskan membaca. 

Sama ada anda tidak dapat menjawabnya atau anda ingin terus kepada jawapannya, mari kita bermula daripada asas terlebih dahulu. Kotak di bawah bagi memudahkan anda. 


Petunjuk 4: 738 (semua digit salah) 
Kita bermula di sini kerana ianya mengeluarkan 7, 3 dan 8 keluar dari kombinasi nombor tersebut. Ini memberikan kita asas dan meneruskan ke petunjuk dimana 3 dan 8 wujud. 

Petunjuk 5: 380 (Satu digit betul tetapi tempatnya salah) 
Kita telah mengetahui bahawa 3 dan 8 adalah digit yang salah, menjadikan 0 ialah digit yang betul. Tetapi petunjuk memberitahu ianya di tempat yang salah bermaksud 0 boleh jadi di tempat pertama atau kedua. 

Petunjuk 3: 206 (Dua digit betul, keduanya di tempat salah)
Kita telah mengetahui 0 ialah digit yang betul, bermaksud sama ada 2 atau 6 digit betul. Memandangkan petunjuk ini memberitahu dua digit adalah di tempat yang salah, kita sekarang tahu tempat kedua ialah tempat yang salah untuk 0.

Tambahan pula, kita tahu bahawa 0 tidak boleh juga berada di tempat ketiga. Ini memberikan jawapan yang jelas bahawa 0 terletak di tempat pertama. 


Petunjuk 1: 682 (Satu digit betul dan pada tempatnya) 
Petunjuk ini memberi persoalan sama ada 6 adalah betul atau tidak kerana kita masih belum pasti dari petunjuk 3. Dalam kes ini, 6 ditempatkan pada tempat pertama dimana kita tahu tempat tersebut untuk digit 0. Secara otomatik 6 ialah salah dan digit 2 ialah yang betul. 


Petunjuk 2: 614 (Satu digit betul tetapi tempatnya salah) 
Kita telah mengetahui bahawa 6 ialah digit yang salah dan menjadikan 1 dan 4 sebagai suspek utama. Apabila kita melihat pada digit 4, ianya ditempatkan untuk digit 2. Jadi, kita mengetahui 4 berada di tempat yang salah dan menurut petunjuk ini satu digit betul tetapi tempatnya salah. Oleh sebab itu kenapa 4 sepatutnya berada di tempat kedua. 

Oleh itu, kod yang dicari ialah... 




Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan kod kombinasinya. Namun demikian, jawapan berikutlah yang sebenarnya menjawab persoalan tersebut. 



Sumber: Interesting Engineering

Post a comment

0 Comments