Lamanfo.com

Laman Informasi

COVID-19: BAU BADAN PENUMPANG PESAWAT AIRBUS AKAN 'DIHIDU' SEBELUM BERLEPAS.


(Kredit: Koniku Inc.

Syarikat pembuatan pesawat Airbus merancang untuk menggunakan peranti "seperti obor-obor" yang dibina oleh syarikat teknologi baru di Silicon Valley iaitu Koniku Inc. yang menggunakan sel biologi hidup untuk menghidu bahan kimia dan bom berbahaya di lapangan terbang - "hidung elektronik" ini mungkin juga dapat mengesan virus berjangkit seperti COVID-19, menurut laporan daripada Financial Times. 

Teknologi futuristik tersebut menggabungkan sel hidup dengan mikropemproses untuk menghidu bahan letupan. Koniku Inc. juga menghasilkan sensor  yang dapat dipasang pada permukaan dinding di terminal lapangan terbang dan juga pesawat. 

(Kredit: Airbus

Pengasas Koniku Inc., Oshiorenoya Agabi memberitahu Financial Times, "Kami telah membangunkan teknologi yang dapat mengesan bau - ia menghirup udara, dan pada dasarnya ia memberitahu anda apa yang ada di udara sekeliling. Apa yang kita lakukan adalah kita mengambil sel biologi, sama ada sel Hek atau astrosit - sel otak - dan kita mengubahnya secara genetik untuk mempunyai reseptor penghiduan."

Persembahan Airbus menunjukkan bahawa peranti tersebut boleh diletakkan di atas bahagian depan pesawat untuk peningkatan pengesanan.

Pelbagai sensor pengesan bau akan ditempatkan di terowong pemeriksaan lapangan terbang terpilih akhir tahun ini dan kedua-dua syarikat berkenaan akan memulakan ujian langsung di lapangan terbang menjelang akhir tahun 2020. Sensor ini kini berada dalam peringkat prototaip. 

(Kredit: Airbus)

Pengumuman ini dibuat susulan pandemik Covid-19 yang telah memberi kesan kepada industri penerbangan, dan sejak itu syarikat penerbangan telah menguji pelbagai cara untuk mengembalikan keyakinan kepada pelanggan. Evolusi "hidung elektronik" ini mungkin akan membuatkan pelanggan kembali ke udara.

Ini adalah perkembangan yang penting kerana pengesanan bau memainkan peranan penting dalam keselamatan penerbangan dimana pada masa kini anjing terlatih digunakan untuk menghidu barang-barang dan penumpang. Apalah yang akan dilakukan oleh anjing terlatih tersebut ketika pekerjaan mereka diambil alih oleh robot adalah persoalan yang perlu dijawab sekarang. Mudah-mudahan, rakan-rakan pintar itu akan mendapat kediaman baru.


Sumber: Interesting Engineering

Catat Ulasan

0 Ulasan