Lamanfo.com

Laman Informasi

COVID-19: PERANTI INI DAPAT MENGESAN GEJALA VIRUS KORONA MELALUI GETARAN DADA.

Northwestern News / Northwestern University
Northwestern News / Northwestern University








Alat pengesan yang boleh melekat telah dihasilkan untuk menganalisis gejala virus korona yang masih dalam peringkat awal dan yang sedang dalam perkembangan dan kemudian menghantar laporan untuk pemberitahuan kepada doktor. 

Penyelidik di Northwestern University dan Shirley Tyan AbilityLab di Chicago telah membuat peranti baru yang boleh dipakai dan sedang membangunkan satu set algoritma data yang dapat mengenalpasti tanda-tanda awal gejala COVID-19, menurut sebuah makalah yang diterbitkan dalam jurnal Nature Biomedical Engineering.

"Stick-on COVID-19 patch" mewujudkan antara muka digital untuk doktor.

Peranti ini bersaiz setem dan terbuat dari bahan silikon lembut, yang kemudian dilekatkan pada pangkal kerongkong. Dari sini, ia memantau pernafasan, batuk, degupan jantung, dan suhu badan. Keseluruhan data kemudian dikumpulkan dan dikirim melalui cloud di mana tersimpan algoritma mengenalpasti penyakit COVID-19.

Sistem peranti kemudian menghantar ringkasan berbentuk grafik semua gejala kepada doktor sebenar yang menggunakan pandangan digital peranti untuk memaklumkan keputusan untuk tindakan selanjutnya. 

Setiap hari pengguna hanya perlu menanggalkan peranti kecil itu dan meletakkannya pada pengecas tanpa wayar. Oleh kerana peranti kecil itu tidak mempunyai wayar, port pengecasan, elektrod, atau bateri yang boleh ditanggalkan, ia boleh dipakai ketika mandi, dan disterilkan dengan mudah.


Bagaimana alat peranti ini berfungsi. 

Peranti itu dihasilkan di Northwestern University, manakala algoritma unik yang menjalankan fungsinya dikembangkan oleh saintis di Shirley Ryan AbilityLab, sebuah hospital penyelidikan yang berpusat di Chicago.

Sensor di dalam peranti tersebut mengesan getaran yang dibuat dengan pergerakan dinding dada. Ini bermakna peranti tersebut dapat memantau tanda-tanda bio tanpa  gangguan dari bunyi latar -  masalah yang biasanya timbul dalam pengukuran akustik.

"Peranti terpasang pada lokasi yang sempurna di badan - takik suprasternal - untuk mengukur kadar pernafasan, bunyi dan aktiviti kerana di situlah aliran udara berlaku dekat permukaan kulit," kata John A. Rogers dari Northwestern.

Setakat ini, peranti ini sedang diuji kepada kira-kira 25 pesakit COVID-19, di antaranya adalah Kelly McKenzie - ahli terapi fizikal penyelidikan di Shirley Ryan AbilityLab - yang memutuskan untuk menyertai kajian perintis ini setelah beliau mengalami batuk dan kesesakan yang membimbangkan.

"Ketika pertama kali menggunakannya, anda akan dapat merasakannya kerana ianya baru dan berbeza," katanya, menurut The Next Web. "Tetapi setelah kamu memakainya beberapa lama, kamu akan mula tidak menyedarinya."

Pasukan penyelidik bagi alat peranti ini akan menggunakan data percubaan untuk meningkatkan keberkesanan algoritma mereka. Mereka merancang untuk menambahkan fungsi pengukuran tahap oksigen darah ke peranti berikutnya, lapor The Next Web.

Pengeluaran dilakukan secara dalaman, yang tidak bergantung kepada vendor luaran yang mungkin terkesan dengan arahan kawalan pergerakan bagi menangani wabak COVID-19. 

"Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan rantaian bekalan yang kini sudah terkesan," kata Rogers. "Oleh itu kami membuatnya sendiri."


Sumber: Interesting Engineering

Catat Ulasan

0 Ulasan