GOOGLE LENS KINI DAPAT MENYALIN DAN MENAMPAL NOTA TULISAN TANGAN ANDA KE KOMPUTER.

Lamanfo.com

Laman Informasi

GOOGLE LENS KINI DAPAT MENYALIN DAN MENAMPAL NOTA TULISAN TANGAN ANDA KE KOMPUTER.

(Kredit: The Verge) 

Google telah menambahkan ciri yang sangat berguna pada aplikasi pengenalan objek serbagunanya, Google Lens. Anda kini boleh menyalin dan menampal nota tulisan tangan anda dari telefon ke komputer menggunakan Lens tetapi ia hanya berfungsi jika tulisan tangan anda cukup kemas.

Untuk menggunakan ciri baru tersebut, anda perlu mempunyai versi terbaru Google Chrome serta aplikasi Google Lens yang berdiri sendiri di Android atau aplikasi Google di iOS (di mana Lens dapat diakses melalui butang di sebelah bar carian). Anda juga perlu log masuk ke akaun Google yang sama pada kedua-dua peranti tersebut. 

Selesai muat turun, arahkan kamera anda ke mana-mana teks tulisan tangan, sorot (highlight) di skrin, dan pilih salin. Anda kemudian boleh pergi ke mana-mana dokumen di Google Docs, tekan Edit, dan kemudian Tampal (paste) untuk menampal teks. 

Sekiranya anda tidak menulis dengan kemas, anda pasti akan mendapat kesalahan ejaan. Tetapi ia masih merupakan ciri yang sangat berguna pada masa ketika ramai orang bekerja dari rumah dan bergantung pada senarai tugas yang tidak berkesudahan dan dapat memberi ketenangan pada hari mereka.

(Kredit: Google) 

Selain ciri baru salin-dan-tampal di atas, Google juga menyediakan alat ucapan perkataan. Anda hanya perlu memilih satu perkataan pada Lens, dan pilih "Dengar" untuk mendengar bagaimana perkataan tersebut diucapkan. (Kini tersedia di Android dan akan tersedia selepas ini untuk iOS.) Anda juga kini dapat mencari ayat berbentuk konsep dengan Lens, mencari frasa seperti "gelombang graviti" untuk mendapatkan hasil carian Google. Ianya amat berguna jika anda sedang melakukan kerja sekolah atau membantu anak-anak anda dengan pekerjaan mereka.

Ini adalah ciri tambahan yang disediakan oleh aplikasi Google Lens, yang sering menjanjikan lebih daripada yang sebenarnya disampaikan. Memiliki alat carian visual yang dapat mengenal pasti apa sahaja yang anda letakkan di hadapan telefon anda adalah impian Lens, tetapi setakat ini ianya tidak sepantas dan kurang berdayaharap untuk dijadikan satu kenyataan. Namun demikian, kemaskini terbaru yang menyediakan ciri-ciri tersebut di atas boleh dilihat sebagai satu dorongan untuk ia maju ke arah yang betul. 


Catat Komen

0 Ulasan