BAGAIMANA ANDA DAN RAKAN BERKONGSI PAPARAN SKRIN DAN MENGOLAHNYA DARIPADA PC YANG BERBEZA.

Lamanfo.com

Laman Informasi

BAGAIMANA ANDA DAN RAKAN BERKONGSI PAPARAN SKRIN DAN MENGOLAHNYA DARIPADA PC YANG BERBEZA.

(Kredit: Pixabay) 

Bekerja dari rumah boleh menjadi lebih mudah dan effisien. 

Memandangkan kini berjuta-juta orang bekerja dari rumah bagi menghentikan penyebaran virus korona, beberapa aplikasi persidangan video menyaksikan lonjakan penggunaannya secara mendadak. 

Permintaan yang besar tersebut sekaligus mewujudkan ruang untuk alat baru bagi melancarkan lagi proses telekomunikasi. Salah satu alat tersebut ialah Screen, yang menjadikan perkongsian skrin lebih mudah.

Alat perkongsian skrin percuma tersebut membolehkan anda berkongsi skrin komputer dengan orang lain dalam mesyuarat sambil kotak-kotak panggilan video dipaparkan di sisi skrin.

Perkara terbaik mengenai aplikasi perkongsian skrin ini ialah ianya dapat memberi kursor kepada semua orang. Ini bermaksud anggota mesyuarat yang lain dapat menggunakannya untuk menavigasi, melukis, atau bahkan mengkod di skrin secara bersama. Kadar kependaman adalah antara 30ms-50ms, jadi tidak diragukan lagi ianya lebih cepat daripada perisian perkongsian skrin lain seperti Teamviewer.


Pengguna dapat berkongsi skrin mereka dari Mac, Windows, dan Linux. Sementara itu, pengguna telefon pintar dan orang yang belum memasang aplikasi tersebut boleh menyertai mesyuarat dari browser web mereka.


Bagaimana berkongsi Screen?


1.Muat turun aplikasi untuk platform anda. 
2.Berikan kebenaran akses kepada kamera dan mikrofon anda. 
3.Klik pada "Mesyuarat Baru" untuk menjadi tuan rumah mesyuarat. 
4.Klik pada butang "Share Screen". 
5.Pengguna lain boleh bergabung dengan menggunakan satu ID unik mesyuarat.


Setelah sambungan dibuat, orang lain dapat menggunakan kursor masing-masing untuk menaip pada paparan skrin yang sama walaupun berada di lokasi yang berbeza. Sudah tentu, tuan rumah mesyuarat boleh mengawal siapa yang dapat dibenarkan untuk memasukkan input mereka. Selain itu, pengguna juga dapat membuat coretan pada paparan skrin yang dikongsi bersama. Coretan akan hilang dalam beberapa saat melainkan jika Caps Lock dihidupkan.

Anda juga boleh menghantar teks sekiranya anda berada di persekitaran yang bising. Perisian perkongsian skrin tersebut juga boleh diintegrasikan dengan ciri-ciri Slack dan kalendar Google. 

Dalam keadaan biasa, Screen percuma untuk menyertai mesyuarat dan $10 sebulan untuk mengadakan mesyuarat. Tetapi memandangkan wabak dan populasi yang ramai bekerja dari rumah, aplikasi perkongsian skrin tersebut kini adalah percuma untuk digunakan.


Perisian perkongsian skrin yang paling popular. 

Terdapat beberapa alat perkongsian skrin dan perisian desktop jauh yang dapat menjadikan telekomunikasi dengan lebih mudah. Perisian yang paling menonjol adalah Teamviewer, yang merupakan penyelesaian sehenti untuk mengakses PC lain dari jarak jauh, mirroring dan juga perkongsian skrin.

Aplikasi perkongsian skrin percuma yang serupa dengan Screen adalah Join Me, di mana pengguna (termasuk pengguna iPhone) dapat berkolaborasi pada papan putih maya.

Selain itu, terdapat aplikasi persidangan video yang popular seperti Skype, Google Hangouts, Zoom, di mana pengguna boleh berkongsi skrin mereka; namun, dalam aplikasi seperti itu, ianya tidak mempunyai ciri-ciri dimana peserta mesyuarat dapat berinteraksi dengan paparan skrin yang dikongsikan. 


Post a comment

0 Comments