BOLEHKAH ANDA TERKENA JANGKITAN COVID-19 DARIPADA BARANG KIRIMAN.

Lamanfo.com

Laman Informasi

BOLEHKAH ANDA TERKENA JANGKITAN COVID-19 DARIPADA BARANG KIRIMAN.

(Kredit: Gettyimages) 

SIAPA YANG TERKENA JANGKITAN? 

Walaupun kebimbangan timbul mengenai jangkitan daripada sentuhan pada permukaan kotak atau balutan gelembung yang dikendalikan oleh pekerja pusat logistik yang telah dijangkiti, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea mengatakan kemungkinan penularan dengan cara ini adalah amat rendah. 

Tetapi pihak berkuasa kesihatan dan pakar penyakit berjangkit tidak menolak kemungkinan terkena jangkitan jika seseorang menyentuh mata, hidung atau mulut mereka setelah bersentuhan dengan paket yang tercemar.


PERMUKAAN YANG TERCEMAR. 

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah memetik penyelidikan makmal yang mendapati virus korona COVID-19 dapat bertahan hingga 24 jam pada kertas kadbod dan 72 jam pada plastik dan keluli tahan karat. 

Kim Woo-joo, seorang profesor Penyakit Berjangkit di Korea University Guro Hospital, mengatakan virus itu juga dapat bertahan pada permukaan seperti pembungkus gelembung.

"Virus ini dapat bertahan hingga 24 jam pada kertas kadbod dan lebih dari tiga hari pada permukaan keras seperti keluli tahan karat. Belum ada penelitian mengenai pembungkus gelembung, tetapi mungkin tempohnya antara kadbod dan keluli tahan karat," katanya.

(Kredit: Pixabay) 

BAHAYA PENGHANTARAN CEPAT? 
Banyak jenama e-dagang Korea Selatan terkenal dengan "penghantaran peluru" iaitu penghantaran kurang dari 24 jam. Kedua-dua syarikat Coupang dan Market Kurly, yang telah melaporkan jangkitan dari pusat logistik mereka, merupakan perkhidmatan penghantaran barang runcit dengan cepat. 

Ini boleh meningkatkan risiko penyebaran virus, kerana paket tersebut tidak bertahan lama, kata beberapa pakar.

(Kredit: Economictimes) 

LANGKAH PENCEGAHAN

"Kita harus mempertimbangkan suhu dan kelembapan bungkusan itu, tetapi ada kemungkinan terjadinya jangkitan kerana mereka membungkusnya semalaman," kata Shin Hyoung-shik, Presiden Persatuan Korea untuk Zoonoses, seorang pakar terkemuka dalam penyakit berjangkit. 

Walau bagaimanapun, Ki Mo-ran, profesor kawalan barah dan kesihatan penduduk di Pusat Kanser Nasional, mengatakan bahawa tidak sebegitu mudah pembungkusan dicemari, dan orang seharusnya selamat daripada jangkitan selagi mana mereka mencuci tangan.

Dapat disimpulkan di sini agar anda janganlah lagi berharap sangat agar barang kiriman anda sampai dengan cepat. Kesabaran itu ada kebaikannya. 

Sumber: Economic Times dan penulis

Sila baca: BAGAIMANA MAS MENGURANGKAN PENYEBARAN VIRUS DALAM PESAWATNYA?

Post a comment

0 Comments