Lamanfo.com

Laman Informasi

PARA SAINTIS MENGESAN STRUKTUR DI DALAM KERAK BUMI.

(Kredit: Discover Magazine) 

Gumpalan bahan panas dan padat yang menyelubungi sekitar teras Bumi adalah jauh lebih luas daripada yang dicadangkan pada kajian sebelumnya.

Kaedah baru untuk menganalisis data gempa bumi telah menjumpai lebih banyak zon bersaiz benua pada ruang sempadan di antara teras dan mantel planet ini.

Kami masih tidak tahu apa gumpalan ini - ianya mungkin magma, besi cair yang terkeluar dari mantel, atau sesuatu yang lain - tetapi dengan peta terperinci yang lebih lengkap di mana ianya berada, kita dapat memahami proses geologi yang berlaku jauh di dalam kerak bumi.

Batasan kerak Bumi terletak sekitar 2,900 kilometer (1,800 batu) di bawah permukaan Bumi. Ia sangat jauh untuk dicapai, oleh itu jika kita ingin mengetahui keadaan di sana, kita harus lebih kreatif. Nasib baik, Bumi dilengkapi dengan alat berguna untuk memeriksa isi perutnya sendiri iaitu gempa bumi.

Cara gempa dan gegaran menyebar melalui berbagai jenis bahan di dalam planet ini telah memungkinkan ahli seismologi untuk membina semula dan memetakan komposisi bahagian dalam Bumi.

Oleh sebab itulah banyak gumpalan bahan super panas dikenalpasti di sempadan antara  teras dan mantel Bumi, beberapa dekad yang lalu.

Kerana haba menyebabkan tahap lebur yang lebih besar, zon-zon ini memperlambat kecepatan gelombang gempa tepat ke bawah, oleh itu ia dikenali sebagai zon halaju ultra rendah.

Walau bagaimanapun, gempa bumi boleh menjadi alat yang tidak memuaskan apabila ia hanya memberikan sedikit maklumat pada satu masa. Anda mesti menunggu gempa bumi; setiap gempa hanya mengesan zon sempit; dan isyarat yang lemah dapat hilang dalam kebisingan yang lebih luas.

Untuk mengatasi masalah ini, para penyelidik dari University of Maryland, Johns Hopkins University, dan Tel Aviv University beralih kepada sumber yang  luarbiasa iaitu bintang-bintang.

Sebenarnya, bukan bintang itu sendiri tetapi ialah algoritma yang digunakan untuk mengkaji bintang. Ia dipanggil Sequencer, dan ia digunakan untuk menjalankan set data-data astronomi yang besar untuk mendapatkan corak.

Ternyata, algoritma ini dapat digunakan untuk melihat corak data-data seismik juga. Para penyelidik memasukkan data selama 30 tahun - sekitar 7,000 seismogram dari satu jenis gelombang seismik - mencari gema seismik yang menunjukkan zon kecepatan ultra rendah yang mungkin kita terlepas pandang dalam analisis sebelumnya. Dan akhirnya mereka mendapat hasilnya. 

"Dengan melihat ribuan gema sempadan teras dan mantel sekaligus, berbanding dengan memusatkan perhatian pada satu sahaja seperti yang biasa dilakukan, kita dapat memperoleh satu perspektif yang baru," kata ahli geologi Doyeon Kim dari University of Maryland.

"Ini menunjukkan kepada kita bahawa kawasan ruang sempadan teras-mantel memiliki banyak struktur yang dapat menghasilkan gema, dan itu adalah sesuatu yang tidak kita sedari sebelumnya kerana kita hanya mempunyai pandangan yang sempit."

Hasil oleh Sequencer menunjukkan perubahan halus dalam bentuk gelombang seismik dari gempa bumi di Asia dan Oceania, menunjukkan zon halaju ultra rendah yang sebelumnya tidak dapat dikesan di bawah Kepulauan Marquesas di Pasifik Selatan.


(Kredit: Doyeon Kim/University of Maryland)

"Kami terkejut apabila menemui sebuah struktur besar di bawah Kepulauan Marquesas yang tidak kami ketahui wujud sebelumnya," kata ahli geologi Vedran Lekić dari University of Maryland.

"Ini sangat menggembirakan, kerana ia menunjukkan bagaimana algoritma Sequencer dapat membantu kita untuk mengontekstualisasikan data seismogram di seluruh dunia dengan cara yang sebelum ini tidak dapat dilakukan."

Di samping itu, zon halaju ultra rendah yang diketahui di bawah Hawaii menghasilkan gema gempa jauh lebih kuat daripada yang dijangkakan. Ini menunjukkan bahawa ia jauh lebih besar daripada yang dianggarkan oleh kajian sebelumnya.

Dan secara keseluruhan penemuan menunjukkan bahawa kandungan dalam Bumi mengandungi banyak gumpalan daripada yang diduga. "Kami menemui gema di sekitar 40 peratus dari semua jalur gelombang seismik," kata Lekić.

"Ia amat mengejutkan kerana kami menjangkakan ia lebih jarang berlaku, dan ini bererti struktur anomali di sempadan teras-mantel jauh lebih luas daripada yang difikirkan sebelumnya."

Setelah menunjukkan keberkesanan Sequencer pada satu jenis gelombang, teknik pasukan tersebut dapat juga diterapkan pada jenis gelombang dan frekuensi yang lain. Ini dapat membantu mengumpul dan membentuk peta baru dalam Bumi dengan resolusi tinggi.

Sebaliknya, sifat fizikal yang dinyatakan ini dapat membantu ahli geologi membuat kesimpulan mengenai bahan kimia dan suhu struktur, menjadikan kita lebih dekat untuk menyelesaikan misteri tentang apa yang menyebabkan zon pelik dan padat ini menyelubungi kawasan teras Bumi. Penyelidikan ini telah diterbitkan dalam makalah Science. 


Sumber: Science Alert

Sila baca: AHLI ASTRONOMI MENEMUI PLANET "NERAKA".

Catat Ulasan

0 Ulasan