PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA).

Lamanfo.com

Laman Informasi

PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA (PENJANA).

(Kredit: Bernama) 

PUTRAJAYA - Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) telah diperkenalkan oleh kerajaan dengan tema Bersama Menjana Ekonomi bagi menangani impak pandemik virus korona Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan  tiga teras utama dalam Penjana. 

Pertama ialah memperkasakan rakyat, kedua ialah melonjakkan perniagaan dan ketiga pula ialah merangsang ekonomi.

“Secara keseluruhan terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah Penjana.

“Daripada jumlah itu, RM10 bilion adalah suntikan fiskal langsung daripada kerajaan,” katanya ketika mengumumkan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di stesen siaran utama negara. 



Sumber: Sinar Harian

Post a comment

0 Comments