BAYARAN BSH FASA 3 SEBELUM AKHIR JULAI 2020.

Lamanfo.com

Laman Informasi

BAYARAN BSH FASA 3 SEBELUM AKHIR JULAI 2020.



KUALA LUMPUR - Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi Fasa 3 melibatkan penerima bukan di kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dibuat sebelum akhir Julai ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, implikasi kos bagi Fasa 3 bayaran BSH itu adalah sebanyak RM3 bilion yang melibatkan seramai 5 juta penerima iaitu masing-masing 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang.

“Penerima kategori isi rumah yang menerima bantuan sebanyak RM600 akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak (bawah 18 tahun) dengan maksimum empat orang anak.

“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat anak akan mendapat RM1,080,” katanya dalam kenyataan media Laporan Ke-11 Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) bagi Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), hari ini.

Tengku Zafrul berkata, seperti diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) serta fasa kedua dan ketiga BSH 2020 bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak (tiada akaun bank) akan bermula pada 1 hingga 31 Julai, 2020 yang diselaraskan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak).


Sumber: Sinar Harian

Post a comment

0 Comments