Lamanfo.com

Laman Informasi

INTERNET PERCUMA 1GB KERAJAAN KINI 24 JAM TETAPI...


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 30 Jun 2020 telah memuat naik satu pengumuman berkenaan kemudahan 1GB Harian Internet Produktiviti yang diberikan oleh kerajaan untuk menyokong Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Kemudahan ini ditawarkan oleh pembekal perkhidmatan mudah alih seperti Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan Unifi mobile bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2020.

Sebelum ini, kemudahan ini ditawarkan daripada pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Kini, ianya telah menjadi 24 jam daripada 12:01 pagi sehingga 11:59 malam untuk memudahkan pengguna melayari Internet sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, kemudahan 1GB Harian Internet Produktiviti ini hanya boleh digunakan untuk melayari pelbagai perkhidmatan pendidikan, produktiviti dan maklumat sahaja. 


Senarai laman web dan aplikasi yang tidak termasuk dalam penggunaan internet percuma. 


Kemudahan ini tidak boleh digunakan untuk bermain game, strim lagu, penggunaan media sosial dan menonton video. Sehubungan dengan itu, aplikasi seperti Google Chrome dan WhatsApp masih boleh digunakan dengan kemudahan ini.


Sumber: Technave

Catat Ulasan

0 Ulasan