Maksud sebenar penggunaan kata doa yang sering kita katakan atau tulis melalui penulisan atau di laman sosial/WhatApps/Telegram/WeChat dan sebagainya.
Di bawah dikongsikan makna perkataan dan kepada siapa perkataan tersebut sesuai diberikan/diucapkan:
LELAKI
1. Syafakallah شفاك الله - Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan kepadamu dan diucapkan untuk pesakit LELAKI.
2. Syafakumullah شفاكم الله - Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan pada kalian dan diucapkan untuk pesakit LELAKI.
3. Syafahullah شفاه الله - Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan padanya dan diucapkan untuk pesakit LELAKI.
4. Syafahumullah شفاهم الله - Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan pada MEREKA dan diucapkan untuk pesakit LELAKI.
WANITA/PEREMPUAN
5. Syafahallah شفاهم الله - Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan padanya dan diucapkan untuk pesakit WANITA/PEREMPUAN.
6. Syafakillah شفاك الله - Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan padamu dan diucapkan untuk pesakit WANITA/PEREMPUAN.
7. Syafahunnallah شفاهن الله - Bermaksud semoga Allah swt memberi kesembuhan pada MEREKA dan diucapkan untuk pesakit WANITA/PEREMPUAN.
Semoga informasi di atas bermanfaat kepada kita semua dan sekiranya bermanfaat sebarkan, agar pahala tersebut dikongsikan bersama.
Sumber: jentikhati, MyWilayah
0 Ulasan