PALESTIN LENYAP DARIPADA GOOGLE MAPS?

Lamanfo.com

Laman Informasi

PALESTIN LENYAP DARIPADA GOOGLE MAPS?


Google menjadi sasaran netizen apabila ia didakwa menghilangkan nama "Palestin" dalam aplikasi Google Maps milik syarikat tersebut.

Pengguna Google menangkap layar paparan di Google Maps yang secara jelas tidak memaparkan nama Palestin, sebaliknya hanya tertera Jerusalem (Baitulmaqdis) dan Gaza, mengikut laporan Arab News.

Mereka turut mempertikaikan tindakan syarikat itu mengekalkan nama negara yang sejak puluhan tahun ‘menjajah’ tanah Palestin iaitu Israel.

Status yang tular itu mendakwa negara Palestin telah ‘dihapuskan’ baik dalam Google Maps atau Apple Maps.

Status yang tular itu mendakwa negara Palestin telah ‘dihapuskan’ baik dalam Google Maps atau Apple Maps.

Status yang tular itu mendakwa negara Palestin bukan sahaja ‘dilenyapkan’ di Google Maps, malah di Apple Maps.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, ketika pengguna media sosial membangkitkan perkara yang sama, seorang jurucakap dari Google berkata: “Nama Palestin memang tidak pernah ada dalam Google Maps.”

Sementara itu, status awal yang mencetus kepada penularan berita itu juga kini telah dikemaskini dan menyatakan maklumat dikongsikan pada awalnya adalah maklumat palsu, menggunakan alasan sama: Palestin tidak pernah ada dalam Google Maps.

Meskipun sudah dikemaskini, namun ia tidak menghalang pengguna media sosial menularkan kehilangan Palestin dan mendesak Google Maps memasukkan semula negara berkenaan dalam aplikasi petanya.

Palestin diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 136 anggotanya sebagai negara merdeka, tetapi tidak di Amerika Syarikat di mana terletaknya ibu pejabat Apple dan Google.


‘Penghapusan’ itu secara kebetulan berlaku selepas Presiden Israel, Benjamin Netanyahu berjanji untuk merampas beberapa wilayah di Tebing Barat.

Ancaman tersebut telah mencetuskan kritikan global dengan banyak negara menyebutnya sebagai 'pelanggaran hak asasi manusia'.


Sumber: Awani

Post a comment

0 Comments