Lamanfo.com

Laman Informasi

RM50 AKAN DIKREDITKAN KE DALAM E-WALLET PADA AKHIR BULAN INI.



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-wallet pengguna mulai akhir bulan ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata butiran termasuk mekanisme pengkreditan ke e-wallet pengguna bakal diumumkan kelak.

"Kita akan kreditkan dalam bulan ini... hujung bulan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tekun Nasional, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula bulan ini.

Inisiatif itu yang dijangka memanfaatkan kira-kira 15 juta rakyat adalah usaha kerajaan untuk menggalakkan pembayaran tanpa sentuh.


Sumber: Berita Harian

Catat Ulasan

1 Ulasan