Lamanfo.com

Laman Informasi

STATUS BARU HAGIA SOPHIA: AMERIKA SYARIKAT "KECEWA".


(Kredit: Pixabay) 

WASHINGTON: Amerika Syarikat meluahkan "kekecewaan" selepas kerajaan Turki membuat keputusan untuk menukar status bangunan Hagia Sophia kembali kepada masjid.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Morgan Ortagus berkata, pihaknya berharap untuk mendengar rancangan Turki bagi memastikan bangunan ikonik itu kekal diakses tanpa sebarang halangan.

Sebelum ini, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan perkara itu selepas mahkamah tinggi negara itu memutuskan tindakan kerajaan terdahulu mengubah status Hagia Sophia menjadi muzium sebagai tidak sah.


Hagia Sophia dibina empayar Rom Timur sebagai gereja besar pada abad keenam Masihi sebelum diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada 1453.

Statusnya sekali lagi bertukar apabila kerajaan sekular Tukri menjadikan Hagia Sophia sebagai muzium pada 1934.





Sumber: Awani

Catat Ulasan

0 Ulasan