BAGAIMANA MEMBEZAKAN BERAS PLASTIK PALSU DENGAN BERAS ASLI

Lamanfo.com

Laman Informasi

BAGAIMANA MEMBEZAKAN BERAS PLASTIK PALSU DENGAN BERAS ASLI


Indonesia dikejutkan dengan penemuan beras plastik palsu di pasaran negara itu. Perkara tersebut terbongkar selepas pengguna mendapati beras tiruan yang dimasak itu menunjukkan kelainan dengan beras yang semulajadi.

Menurut media tempatan Indonesia, beras tiruan itu dihasilkan dengan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri lalu diproses agar serupa dengan beras asli.

Komponen bahan kimia terkandung dalam beras plastik boleh mengakibatkan gangguan pencernaan serta membahayakan kesihatan jika termakan

Selain memasuki pasaran Indonesia, beras tiruan itu dikatakan turut memasuki negara-negara yang mempunyai ramai penduduk luar bandar seperti India dan Vietnam. 

Bagi mengelakkan pengguna tahu itu adalah beras tiruan, pengedar tidak bertanggungjawab itu dipercayai mencampurkan beras tiruan tersebut dengan beras asli bagi membolehkan perbezaannya tidak ketara apabila ia dimasak. Bagaimanapun taktik tersebut dapat dikesan juga oleh pengguna. 

Fakta bagi mengetahui beras tiruan adalah seperti berikut: 

1. Beras plastik kelihatan berkilat, tidak seperti beras asli yang berwarna putih susu. 

2. Tidak mengembang dan tetap keras walau dimasak. 

3. Mempunyai bentuk dan panjang yang seragam (sama). 

4. Mempunyai bau dan rasa pelik sewaktu dimakan dan mempunyai kelainan rasa dari beras asli yang begitu ketara. 

5. Tidak menyerap air apabila dimasak malah tidak menjadi nasi. 

6. Harga lebih murah berbanding dengan beras asli.

7. Beras asli akan kelihatan garis-garis bekas kulit beras manakala beras palsu tidak kelihatan. 

8. Beras asli akan kelihatan putih di hujungnya yang merupakan zat kapur. 

9. Beras boleh dicuba keasliannya dengan memasaknya menjadi bubur dimana beras tiruan akan susah untuk hancur. 

Secara kesimpulan, pengguna diminta berhati-hati apabila membeli beras dari jenama yang tak dikenali dan juga beras yang terlalu murah. Pada zaman moden ini semua benda termasuk makanan dapat ditiru demi keuntungan tanpa menitikberatkan faktor-faktor kesihatan dan keselamatan manusia.


Sumber: mysumber.com

Post a comment

0 Comments