GAMBAR SATELIT NASA MENUNJUKKAN PERBEZAAN KAWASAN HUTAN DI SARAWAK DAN BRUNEI DARUSSALAM.

Lamanfo.com

Laman Informasi

GAMBAR SATELIT NASA MENUNJUKKAN PERBEZAAN KAWASAN HUTAN DI SARAWAK DAN BRUNEI DARUSSALAM.

Gambar ini di ambil pada tahun 2012 dengan menggunakan ASTER – satu alat yang dikendalikan oleh pihak AS dan Jepun.

The National Aeronautics and Space Administration atau lebih dikenali sebagai Nasa mengeluarkan satu imej yang menunjukkan perbezaan di antara kawasan hutan di Sarawak dan Brunei.

Imej yang dimuat naik oleh Kedutaan Amerika Syarikat Bandar Seri Begawan, Brunei menunjukkan perbezaan ketara dengan kebanyakan hutan-hutan di Sarawak seperti ditarah teruk sehingga menampakkan warna tanah, manakala di Brunei, hutan-hutannya masih kekal terjaga.

Dalam hantaran terbabit, pihak kedutaan AS turut menyatakan Malaysia menggunakan tanah dengan cara yang agresif bagi menanam kelapa sawit yang menjadi sumber ekonomi di negara ini.

Walaupun gambar ini di ambil pada tahun 2012 tetapi ia jelas memberi kita kejutan dan tidak dapat dibayangkan bagaimana agaknya rupa bentuk muka bumi di Sarawak kini.

Gambar terkini dari Google Maps


Sumber: FMT


< undur                                          seterusnya>

Catat Komen

0 Ulasan