Umum mengetahui kewujudan planet dalam sistem suria iaitu
Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Tetapi
nama-nama ini berbeza pula sekiranya dalam bahasa Inggeris.
Kenapa nama planet dalam bahasa Melayu tidak sama dengan
nama dalam bahasa Inggeris?
Nama Planet Dari Dewa Yunani-Rom
Nama planet dalam bahasa Inggeris sebenarnya diambil
daripada nama tuhan Yunani-Rom. Pada masa itu, hanya terdapat 7 planet yang
mengelilingi bumi itu Bulan, Mercury, Venus, Matahari, Mars, Jupiter dan
Saturn.
Nama-nama ini diambil berdasarkan ciri-ciri bintang yang
diperhatikan. Contohnya, planet Mercury yang dilihat bergerak laju, jadi ia
dinamakan sempena dewa mereka yang bersayap dan laju iaitu Mercury. Venus pula
sempena nama dewa cinta dan kecantikkan, jadi ia diberikan pada planet yang
paling bersinar terang.
Empayar Rom Jatuh, Tamadun Islam Ambil Alih
Orang Islam masa dahulu sangat meminati kajian tentang
bintang dan angkasa dan ia dikenali dengan nama ilmu falak. Kemahiran tamadun
Islam dalam ilmu falak ini amat dikagumi oleh dunia, khususnya barat dan
penamaan semula nama-nama planet mula dibuat supaya tidak bercanggah dengan
akidah Islam.
Nama Mercury ditukar kepada ‘eatarid’, Venus tukar kepada
Zuharah (sinar terang), Jupiter ditukar kepada Al-Musytari, dan Saturn ditukar
kepada Zuhal (merangkak, bergerak perlahan).
Disebabkan itu, nama planet dalam bahasa Melayu adalah tidak
sama dengan nama planet dalam bahasa Inggeris.
Planet Uranus Dan Neptun Masih Guna Nama Dewa Rom Walaupun Dalam BM
Uranus adalah nama dewa langit, dan Neptun pula nama dewa
laut. Jika nama planet lain diubah kepada bahasa Arab, nama dua planet ini
dikekalkan kepada nama dewa Rom kerana kemorosotan tamadun Islam. Penciptaan
teknologi barat telah menemui kedua-dua planet ini dan mereka (barat) sepakat
menamakan planet ini dengan nama dewa Rom.
Sumber: Era
0 Ulasan