SEKATAN AS TERHADAP TIK TOK DAN WECHAT: CHINA BERTINDAKBALAS.

Lamanfo.com

Laman Informasi

SEKATAN AS TERHADAP TIK TOK DAN WECHAT: CHINA BERTINDAKBALAS.

 


SHANGHAI: China melancarkan mekanisme yang membolehkannya menyekat syarikat asing, meningkatkan perang teknologi dengan Amerika Syarikat (AS) sehari selepas Washington mengekang aplikasi popular China, TikTok dan WeChat.

Pengumuman oleh Kementerian Perdagangan China itu tidak menyebut mana-mana syarikat asing tertentu yang mungkin menjadi sasaran, namun mengatakan sistem baharu akan mempertimbangkan sekatan terhadap aktiviti membahayakan kedaulatan, keamanan, dan kepentingan pembangunan negara China atau melanggar peraturan ekonomi dan perdagangan yang diterima secara antarabangsa.

Hukuman yang bakal dikenakan boleh merangkumi denda terhadap syarikat asing, melarang melakukan perdagangan dan pelaburan di China dan sekatan kemasukan secara peribadi atau peralatan ke negara itu.

"Ini merangkumi perusahaan asing, organisasi dan individu lain," menurut kementerian itu.

Di bawah perintah AS terhadap aplikasi China semalam, WeChat milik Tencent akan kehilangan fungsi di Amerika Syarikat mulai esok. Pengguna TikTok akan dilarang memuat turun kemas kini tetapi boleh terus mengakses perkhidmatan terbabit sehingga 12 November.

Jangka masa itu berpotensi memungkinkan hubungan antara TikTok, yang dimiliki oleh China ByteDance dan sebuah syarikat AS melindungi data untuk aplikasi yang sangat popular itu bagi mengurangkan kebimbangan keselamatan oleh Washington.

Kementerian Perdagangan China mengutuk tindakan itu sebagai 'buli' dan mengatakan ia melanggar norma perdagangan antarabangsa serta tidak ada bukti terhadap sebarang ancaman keselamatan.

"Sekiranya AS berkeras meneruskan tindakan itu, China akan mengambil langkah diperlukan untuk melindungi hak dan kepentingan sah syarikat-syarikat China," menurut kementerian itu.

Tidak lama selepas pengumuman itu, kementerian mengumumkan rejim sekatan baharu di mana TikTok berikrar akan menentang tindakan keras Trump di mahkamah dengan mengatakan ia menghalang alat 'untuk hiburan, ekspresi diri dan hubungan.'

Sementara itu, beberapa analisis lain menyatakan, tindakan Trump itu lebih kepada kepentingan untuk persaingan perniagaan berbanding keselamatan.

Langkah itu meningkatkan tekanan kepada ByteDance untuk memuktamadkan perjanjian untuk menjual semua atau sebahagian TikTok bagi meredakan kebimbangan keselamatan AS.

Urus niaga itu berpotensi membolehkan syarikat gergasi Silicon Valley, Oracle menjadi rakan teknologi untuk TikTok, tetapi sebahagian penggubal undang-undang AS membantah untuk membenarkan ByteDance mengekalkan kepentingan.

"Kami yakin satu perjanjian akan dapat dicapai," kata Daniel Ives dari Wedbush Securities dalam nota penyelidikannya. 


Sumber: Berita Harian


<undur                                                                                                                                    seterusnya>

Post a comment

0 Comments