Budaya Jepun matang dengan idea-idea yang unik dan menarik. Seolah-olah seperti menjadi "tugas" untuk memberikan standard perkhidmatan pelanggan tertinggi, tidak hairanlah bahawa Jepun melihatkan jejaknya di banyak kawasan, di antaranya yang terkenal ialah mesin penjual layan diri.
Dilaporkan di Soranews24, DyDo, sebuah syarikat minuman
Jepun memperkenalkan sistem baru yang bertujuan untuk menjaga kebersihan tangan
anda dengan mesin yang dikendalikan sepenuhnya menggunakan kaki anda.
Kini telah tiba masanya dimana anda perlu bimbang untuk
menekan butang yang kemungkinan ada kuman dan mengambil risiko jangkitan
Covid-19. Sekarang semuanya dilakukan dari keselamatan kaki anda sendiri yang
dilitupi dengan kasut tebal dan sarung kaki yang bersesuaian.
Rekabentuknya yang dikatakan efektif dan sederhana, berfungsi
dengan cara yang sama dengan mesin yang dikendalikan oleh tangan, dengan butang
tiga tingkat sesuai terletak di bahagian bawah mesin dan bukan di sisi.
Kini rekabentuknya tidak hanya terhad pada butang yang anda tekan tetapi juga mempunyai ciri dimana anda akan mengambil minuman anda melalui pedal kaki yang membolehkan anda membuka pintu plastik dan mengambil minuman anda tanpa perlu menyentuh apa-apa dengan tangan anda.
Ini merupakan penyelesaian kepada penurunan penjualan daripada mesin layan diri kerana ketakutan orang mencemari tangan mereka semasa pandemik.
Walau bagaimanapun, ianya masih pada tahap konsepsual, Dydo
akan membuat beberapa perubahan pada rekabentuk tersebut setelah diluluskan
untuk produksi.
Kemungkinan orang Malaysia akan dapat melihat mesin ini
selepas 8 tahun kemudian kerana banyak mesin layan diri yang ada di Malaysia
adalah mesin terpakai yang dibeli dari Jepun selain dari China.
Sumber: World Of Buzz
0 Ulasan