TAHANAN DI AS DIHUKUM DENGAN LAGU "BABY SHARK".

Lamanfo.com

Laman Informasi

TAHANAN DI AS DIHUKUM DENGAN LAGU "BABY SHARK".

Tawanan di penjara negara di Amerika Syarikat (AS) dirantai ke dinding dan dipaksa menderita berjam-jam dengan seksaan mendengar lagu "Baby Shark". 

Sekurang-kurangnya empat orang banduan di penjara Oklahoma County dihukum dengan kedua tangan diikat di belakang punggung mereka dan dipaksa untuk berdiri dan mendengarkan lagu kanak-kanak Korea yang popular dengan nada bunyi yang tinggi. 

Dua pengawal penjara dikatakan menggunakan kaedah itu sebagai kaedah untuk mendisiplinkan dan memberi pengajaran kepada tahanan, sementara banduan yang terlibat dilaporkan mengalami tekanan emosi dan fizikal dari pengalaman tersebut. 

Walau bagaimanapun, pengawal tersebut bersama dengan penyelia mereka akhirnya didakwa oleh mahkamah AS kerana melakukan kekejaman terhadap tahanan. 

Muzik dan suara kuat secara sejarahnya telah digunakan sebagai alat penyeksaan dan perang psikologi untuk menakut-nakutkan atau mematahkan musuh untuk tunduk. 

Strategi ini digunakan di zon perang dan juga digunakan oleh tentera dan agensi perisikan untuk soal siasat dan penyiksaan.


Lagu-lagu popular seperti lagu kumpulan Metallica iaitu "Enter Sandman", lagu penyanyi Eminem iaitu "White America" ​​serta rancangan TV kanak-kanak yang popular, lagu tema Barney, "I Love You", dimainkan dengan kuat dan berulang kali untuk memeningkan dan menanamkan ketakutan pada tahanan di Teluk Guantanamo. 

Baru-baru ini, China dikatakan menggunakan pembesar suara dan menyiarkan muzik Punjabi dan Hindi di perbatasannya dengan India di wilayah Kashmir ketika kedua-dua negara itu bersengketa dalam perselisihan wilayah.


Sumber: TRP


<undur                                                                                                                                     seterusnya>

Post a comment

0 Comments