Lamanfo.com

Laman Informasi

WATAK ADIWIRA MUSLIM PERTAMA BAKAL DITAYANGKAN.

 


PELAKON baharu, Iman Vellani pada Rabu mengesahkan akan membuat penampilan sulung sebagai Ms Marvel, watak adi wira Muslim pertama dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).

Iman, 18, bakal memegang watak sebagai Kamala Khan, anak perempuan kepada pendatang Muslim Pakistan berusia 16 tahun yang menetap di Jersey City, Amerika Syarikat.

Sejurus berita itu tular, Iman memuat naik satu status di Instagram: “Tak mampu berkata-kata dan teruja. Doakan kejayaan saya.”


Mengikut plot komik Marvel, Kamala dilahirkan sebagai manusia biasa. Namun dia beroleh kuasa luar biasa apabila Black Bolt daripada Inhumans melepaskan Terrigen Mist ke atmosfera Bumi yang mencetuskan kuasa luar biasa itu dalam dirinya.

Sebagai Ms Marvel, dia beroleh kekuatan luar biasa dan mampu bertukar bentuk serta memanjangkan anggota badan, penyembuhan pantas selain imun terhadap racun dan virus.

Adil El Arbi, Bilall Fallah, Sharmeen Obaid-Chinoy, dan Meera Menon akan mengarahkan siri itu yang bakal disiarkan di saluran Disney+.

Sementara itu, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige dilaporkan merancang untuk turut menampilkan Iman dalam filem Marvel yang akan datang.

Beliau juga tidak menolak penampilan pemenang pelakon Brie Larson yang memegang watak Captain Marvel dalam siri itu.


Sumber: AstroAwani


<undur                                            seterusnya>

Catat Ulasan

0 Ulasan